Kerana Netizen Suka Kecam Little Miss Khan,Teman Lelaki Beliau Juga Turut Jadi Mangsa

The Little Miss Khan atau nama sebenarnya Ameera Khan nampaknya semakin popular sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa nama beliau semakin di sebut ramai setanding dengan kakaknya Neelofa. Jika kakaknya adalah seorang artis dan juga seorang usahawan yang menjual tudung, Ameera Khan ini pula sebenarnya adalah seorang pelajar sekolah.

Mungkin ada yang ingat Ameera Khan ini juga seorang artis dan sudah bekerja. Anda salah. Dia sebenarnya baru sahaja mencecah umur 17 tahun. Tapi penampilannya macam orang yang sudah berkerjaya kan?Sejak akhir-akhir ini, akaun Ig milik Ameera di katakan di serang dengan banyak kecaman dari netizen. Setiap kali dia membuat posting terbaru, pasti akan ada banyak komen sinis dari orang sekeliling.

Terkini, apabila Ameera memuat naik gambar dirinya bersama dengan teman lelaki, pasti netizen akan memberi kecaman hebat. Bila di fikir balik, lelaki tersebut tidak buat apa-apa salah namun tidak adil untuk netizen menyerang lelaki itu dengan kata-kata tajam apatah lagi dengan menyindir fizikalnya.

Seharusnya netizen hanya perlu menegur dengan lebih hikmah jika tidak berpuas hati dengan mana-mana sikap selebriti yang ada di bumi Malaysia ini. Bukan satu atau dua, ada banyak komen pedas yang di lemparkan kepada teman lelaki Ameera Khan lantaran ramai netizen rasa tersinggung kerana respondnya yang seperti memandang rendah pada pengguna Samsung baru-baru ini.

 

Sumber – kisahdunia

KisahDunia.COM

error: Content is protected !!