KEPADA Peminat-Peminat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Nampaknya Anda Kini Mempunyai ‘Pencabar’ Baharu Kerana Menteri ‘Tall, Dark and Handsome’ Itu Telah Berjaya Menawan Hati ‘Cewek-Cewek’ Indonesia

KEPADA peminat-peminat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, nampaknya anda kini mempunyai ‘pencabar’ baharu kerana menteri ‘tall, dark and handsome’ itu telah berjaya menawan hati ‘cewek-cewek’ Indonesia!

Selama ini populariti Khairy atau KJ di laman sosial memang tidak boleh dipertikaikan, ditambah pula dengan kemunculan beliau sebagai menteri Kabinet pertama yang beraksi dalam Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah melonjakkan lagi namanya dalam kalangan netizen termasuk negara jiran.

Manakan tidak, semakan di laman Twitter menunjukkan perkataan ‘Menpora (Menteri Pemuda dan Olahraga) Malaysia Ganteng’ menjadi antara yang paling kerap digunakan oleh rakyat Indonesia bagi meluahkan rasa kagum terhadap ketampanan Khairy.

Gadis-gadis Indonesia dilihat mula ‘cair’ dengan pakej yang dimiliki Ahli Parlimen Rembau itu, yang mana rata-rata memuji dan mengakui menteri muda itu bukan sahaja mempunyai badan yang tegak, tetapi juga hebat dalam bidang sukan.

“Insiden bendera terbalik di SEA Games ini ambil hikmahnya aja. Kita jadi tau kalau Menpora Malaysia ini… ganteng (kacak),” tulis pengguna Twitter, Fallaadinda(dot)com‏ @falla_adinda.

Malah, beberapa portal Indonesia turut mendedahkan latar belakang Khairy susulan tumpuan yang diberikan oleh netizen dari negara itu terhadap beliau.

Difahamkan, kelibat Khairy mula mencuri perhatian gadis-gadis Indonesia selepas insiden bendera Indonesia yang secara tidak segaja dicetak terbalik dalam buku panduan KL2017 yang diedarkan semasa pembukaan sukan dwitahunan itu pada 19 Ogos lalu.

Khairy kemudian tampil membuat permohonan maaf di laman Twitter berhubung insiden tersebut.

“Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf, ” demikian kata Khairy di laman Twitternya sebagai jawapan kepada catatan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi.

Pada 20 Ogos, Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (MASOC) membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya itu untuk sekali lagi memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu.

Kalau di Malaysia tumpuan peminat kini terarah kepada putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah yang mewakili Brunei dalam acara ekuestrian polo, tetapi Khairy pula menjadi tumpuan di Indonesia.

Jadi, mungkin sekarang kita dah tahu jawapannya, siapa yang boleh meredakan kemarahan rakyat Indonesia berhubung isu bendera – beliau adalah ‘abah kita’, Khairy! Dan kepada rakyat Malaysia, jangan lupa terus memberikan sokongan kepada kontinjen negara dalam misi memburu 111 pingat emas. Ayuh, bangkit bersama!

Kredit – mD

sumber:Sembang.C

error: Content is protected !!