Kelihatan Rapat, Emma Maembong Dikatakan Hangat Bercinta Bersama Mustaqim Bahadon?

Sebelum ini Emma Maembong rapat dengan dua orang pelakon iaitu Kamal Adli dan Alvin Chong. Namun kali ini, dikatakan Emma hangat bercinta dengan seorang usahawan gunting rambut?

Baru-baru ini Emma ada memuat naik gambar dan video yang kelihatan sedang menyambut hari jadi ke-33 usahawan tersebut yang bernama Mustaqim pada Khamis lepas.

Mustaqim yang juga merupakan bekas finalis pencarian Pencarian Lelaki Maskulin pada tahun 2008 dan 2009 ini sedang mendalami isi hati Emma.

Kalau korang perasan, Mustaqim ini juga berlakon di dalam drama Tiada Arah Jodoh kita di slot Akasia TV3. Terbru, dia juga berlakon di dalam filem KL Special Force yang baru mengadakan malam gala semalam.

Mustaqim yang berasal dari Perlis ini mempunyai perniagaan sendiri iaitu perusahaan kedai gunting rambut di Kuala Lumpur. Nama kedai jejaka itu ialah Shorteabarbershop.

Jejaka itu juga memuat naik gambar yang sama ketika Emma menyambut ulang tahunnya. Amboi nampak sama-sama upload gambar ni.. Nampak secocok juga mereka ni kan?

Rata-rata netizen menyokong jika mereka memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius. Ramai yang komen positif di ruangan komen Instagram masing-masing.

Respon netizen

Alahai sweet sama cantik, sama padan!

Uii jarang nak tengok senyum bahagia macam ni. Hati tengah berbunga ke?

Alaa Emma mana nampak gemok, nampak sweet je tu cakap macam tu, hehe..

Sumber: Oh My Media/ Kisah Dunia

error: Content is protected !!