Kekerasan Seksual? Aliff Syukri Pamer Surat Saman Di Sepanyol

Kerana lagu Abang Nak Tegur, bermula dari video liriknya sehinggalah ke pembikinan muzik video lagu ini ada sahaja cerita yang timbul. Lagu nyanyian Dato Sri Aliff Syukri dan Nur Sajat Kamaruzzamanini kecoh diperkatakan.

Bergaduh Dengan Sajat?

Aliff telah memarahi Sajat sehingga menyebabkan beliau menangis. [Hangat.com] Sejak daripada kes tersebut, kedua-duanya saling memuat naik gambar dengan mengatakan ianya adalah satu pengalaman pahit berada di sana.

Kebanyakan komen video yang tular itu bukanlah kerana kasihan akan mereka sebaliknya netizen menganggap video tersebut hanyalah taktik untuk mempromosikan lagu mereka seperti yang dilakukan oleh Nabilla Razali sebelum ini.
Kena Saman Atau Dipukul

Dalam perkembangan lain, Aliff turut memuat naik sebuah gambar tertera sebuah surat dalam bahasa Sepanyol.

Hangat.com tidak pasti apakah maksud surat tersebut namun menerusi beberapa komen di Instagram beliau, surat tersebut menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan tatacara dan jenayah di kawasan awam. [Hangat.com]

Aliff akan perjelaskan apa yang terjadi sebaik tibanya di tanah air. Tak sabar pula untuk tengok video klip lagu Abang Nak Tegur.

error: Content is protected !!