Kejam! Kanak-Kanak Ini Diculik Dan Disumbat Di Dalam Papan Pemuka Sebuah Kereta Untuk Tujuan Pemerdagangan. Apa Terjadi Selepas Itu Sangat Menyedihkan!

Kejam! Kanak-Kanak Ini Diculik Dan Disumbat Di Dalam Papan Pemuka Sebuah Kereta Untuk Tujuan Pemerdagangan. Apa Terjadi Selepas Itu Sangat Menyedihkan!

Apakah nasib dengan dunia kita kini? Walaupun pelbagai kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada kehidupan manusia, tetapi manusia pula semakin kejam.

Terbaru, di Sepanyol, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki pesara daripada Morocco dalam cubaan menyeludup kanak-kanak.

Lebih memilukan, kanak-kanak tersebut telah disumbat masuk ke dalam papan pemuka bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

Kanak-kanak tersebut menghadapi masalah pernafasan dan kebas seluruh badan sebelum kerana kedudukannya yang disumbat dalam tempat yang kecil.

Jurucakap Polis Sepanyol memberitahu, “Operasi bermula apabila seorang pegawai polis meminta kenderaan BMW X5 dengan nombor plat kenderaan Morocco berhenti bagi memeriksa kenderaan itu dan pengenalan diri pemandu.”

Pada awalnya, pihak polis tidak menjumpai apa-apa di seluruh bahagian kenderaan itu tetapi mereka mula mengesyaki sesuatu selepas itu.

Tambah jurucakap polis itu,”Seorang pegawai polis terdengar bunyi sensor apabila memeriksa bahagian depan kereta.”

Lantas, polis tidak menunggu lama dengan meneruskan pemeriksaan bahagian dalam kenderaan dan ternampak tangan daripada papan pemuka.

Mereka kemudian terus mencabut papan pemuka tersebut bagi menyelamatkannya dan terkejut melihat seorang kanak-kanak berada di dalam papan pemuka.

Hasil laporan awal, polis mendapati lelaki ini menculik kanak-kanak tersebut untuk pemerdagangan kanak-kanak.

Sumber: Dailymail

.

error: Content is protected !!