Kejadian Kemalangan di Lebuhraya PLUS Kemunting- Inna lillah Wa Inna Ilaihirojiun- Ustaz Murthadzo telah disahkan meninggal dunia pada 13 Jan 2018 jam 12.30.

Menerusi perkongsian Daripada Ustaz Yusra,

Inna lillah Wa Inna Ilaihirojiun

Ustaz murthadzo telah disahkan meninggal dunia pada 13 Jan 2018  jam 12.30.

Mohon doa semua agar dipermudahkan urusan. Semoga beliau bersama orang2 soleh. Ana mohon andai beliau ada terhutang atau menyakitkan mana2 pihak boleh terus pm ana ya.

Terdahulu, Pada 4 januari 2018 ,

EMPAT cedera termasuk tiga daripadanya penceramah bebas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas di tepi jalan di Kilometer 200.9, Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Bagan Serai, semalam.

Dalam kejadian 7.04 malam, penceramah bebas yang memandu Nissan Grand Livina, Mohd Murtadza Mohd Yussof, 30, bersama penumpang hadapan, Mohamad Wadi Annuar Ayub, 35, mengalami kecederaan parah.

Rakan mereka, Muhd Hambali Zulkifli, 28, dan bapa Mohd Murtadza dikenali sebagai Mohd Yussof yang duduk di bahagian penumpang belakang turut cedera.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki tiga penceramah dan seorang bapa kepada penceramah berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri lebuh raya.

Katanya, semua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke utara Semenanjung.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu kenderaan, Mohd Murtadza parah di bahagian kepala manakala rakannya, Mohamad Wadi Annuar yang berada di bahagian penumpang hadapan patah bahu kanan dan turut mengalami kecederaan di kepala.

“Seorang rakan mereka serta bapa kepada pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 12:57 PM

error: Content is protected !!