‘Kantoi’ Sunting Gambar Untuk Nampak Kurus??-Siapa Artis Perempuan Ini?

Masih ingat dengan Anugerah Skrin 2017 yang diadakan baru- baru ini? Selain dari kemenangan berganda melalui filem – filem yang dipertandingkan, fesyen selebriti malam itu juga menjadi tumpuan termasuklah Uqasha Senrose.

Uqasha Tidak Kisah Nampak Gemuk

Pada malam itu, Uqasha yang memakai sepersalinan pakaian yang berwarna merah jingga kelihatan cukup cantik. Akan tetapi pakaiannya itu memperlihatkannya kelihatan berisi daripada kebiasaan dan gambar tersebut juga tular dengan mengatakan Uqasha sedang meningkat berat badannya. Hangat.com turut menyiarkan artikel mengenai Uqasha sebelum ini dan beliau akui berat badannya bertambah hampir 13 kilogram dan beliau tidak risau dengannya

Edit Gambar

Semalam, tular pula gambar Uqasha yang terkini. Bukan kerana fesyen yang digayakannya akan tetapi kerana gambar tersebut kelihatan seperti disunting untuk kelihatan lebih kurus dan jelas kelihatan beberapa suntingan yang seperti tidak kena.

Jika benar Uqasha mengaku tidak kisah dengan berat badannya, pelik juga jika beliau sunting untuk kelihatan kurus. Mungkin Uqasha punyai alasannya tersendiri dan yang pasti kami di Hangat.com tidak sabar untuk melihat beliau berkahwin dengan Hefny Sahad.

kredit:hangat.com