Jutawan barang ciplak selfie solat sambil pakai barangan berjenama dikutuk teruk.

Jutawan barang ciplak selfie solat sambil pakai barangan berjenama dikutuk teruk.
Siapa tidak kenal dengan jutawan copy ori atau jutawan barang ciplak yang dulunya menjadi viral di media sosial kerana perbuatannnya tersebut. Beliau juga turut mengadakan beberapa ceramah motivasi mengenai kejayaan beliau dalam bidang perniagaan yang disokong orang ramai. Oleh sebab mukanya yang agak menarik dan jambu, lelaki tersebut sering diviralkan oleh kaum wanita di Malaysia.

 

Jutawan barangan ciplak tersebut adalah dikenali sebagai King Afiqq. Jutawan tersebut juga dikatakan pernah diserbu tempat kediamannya oleh KPDNKK kerana menjual barangan copy ori tersebut dengan harga 2 kali ganda seperti yang dilaporkan oleh harian metro. Barangan tersebut dikatakan didapati daripada negara cina yang popular dengan produk berjenama tiruan yang hampir sama dengan produk original .

Namun beberapa hari yang lepas , setelah sekian lama tidak menimbulkan kontroversi yang baru , King Afiqq sekali lagi viral dengan perbuatannya yang dikatakan menghina agama untuk publisity kerana melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Jutawan tersebut telan memuatnaik gambar beliau bertahiyat akhir di laman media sosial intagram dan twitternya sehingga mendapat kecaman teruk orang ramai.

Beliau dilihat memakai barang barang berjenama mewah bersama cermin mata hitam beserta iphone sewaktu solat tahiyat akhir dan mengambil gambar seolah olah beliau mempersendakan agama. Setelah sekian lama hilang King Afiqq datang lagi dengan publisity murahan untuk mendapatkan perhatian.

error: Content is protected !!