Jom Kenali 4 Artis Yang Membuktikan “Age Is Just A Number”!

Jom Kenali 4 Artis  Yang Membuktikan “Age Is Just A Number”!

Pernah tak korang mengenali seseorang yang seolah-olah diberkati dengan pelbagai kelebihan? Cantik, berkeyakinan dan berjaya dalam hidup. Apa sahaja yang dia buat, mesti cemerlang dan menjadi. Memang pakej yang lengkap bagi seorang wanita! Kadang-kadang cemburu pun ada.

Bila tengok diorang, rasa macam bersemangat pulak nak jadi macam diorang. Beruntungnya kan?

Tapi, tak semua orang bertuah serta punya keyakinan diri untuk capai apa yang diorang idamkan. Lepas tu pulak, usia sering dikatakan antara punca yang menjadi batu penghalang kepada seseorang untuk buat apa yang dihajatkan.

Siapa cakap? Tengok macam wanita-wanita ni..Masing-masing dah berjaya kejar cita-cita tanpa mengira usia . Nak tahu siapa? Baca ni..

Che Ta, tak makan dek usia

Biasanya, apabila wanita dan mencecah usia 40-an, hal kecantikan mula diketepikan sebab nak beri tumpuan kepada keluarga, dan ada juga yang berpendapat di usia tersebut, tak sesuai bagi seorang wanita untuk bergaya cantik. Siapa kata?

Che Ta ataupun Rozita Che Wan, ni boleh kata contoh terbaik bagi seseorang yang boleh tampak muda bergaya walaupun dah berumur. Sebut je pasal Che Ta, mesti orang akan kaitkan dengan kecantikan dan bentuk badannya yang persis anak dara.

Che Ta sangat menitikberatkan hal kecantikan dalaman kerana baginya jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.

Tambahnya, cara penjagaan kulitnya sama je macam orang lain cuma dia selalu berfikiran positif, mengamalkan sikap happy go lucky dan jangan terlalu fikirkan pasal umur. Pendek kata, just enjoy the life. 

Ratu Kerja Amal, Daphne Iking

Siapa yang tak kenal dengan model, pengacara, pelakon dan juga ibu kepada 3 orang anak ni.

Bermula dengan rancangan realiti tv Explorace, kemudian mengacarakan The Breakfast Show di NTV7, dan tersenarai dalam FHM Malaysia’s Most Wanted Female, siapa sangka Daphne dah pun memasuki umur 40-an!

Haa..dah 42 tahun pun masih cantik dan nampak muda tau! Disebalik kesibukannya, wanita yang sinonim dengan kerja-kerja amal ni sentiasa kekal aktif, baik dalam kariernya sebagai pengacara mahupun sukarelawan.

Bagi Daphne, passion dan minat yang mendalam dalam melakukan apa yang disukainya, membuatkan dia sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada dan menikmati usianya tanpa sebarang masalah.

Erra Fazira si Primadona

Telah pun berusia 44 tahun, Primadona Malaysia ni still nampak macam 20-an. Masih aktif dalam bidang lakonan dan perniagaan, ibu kepada seorang anak ni menjadi idola kepada ramai ibu-ibu di luar sana yang nak mengekalkan penampilan jelita.

Menurut Erra, “Anda hanya mempunyai satu wajah, maka, jagalah dengan bersungguh-sungguh”.

Kalau tengok wajah dan penampilan Erra Fazira masa awal kemunculannya dalam bidang hiburan, memang tak banyak yang berubah. Sekarang, dah 25 tahun dalam dunia hiburan pun Erra masih maintain awet muda!

Erra akui, bila dah semakin berumur, kulit pun akan menerima kesannya. Oleh itu, sangatlah penting untuk menjaga kulit sebab kulit yang sihat adalah kunci kepada diri untuk kelihatan lebih muda dan cantik!

Queen of Jazz, Dato’ Sheila Majid.

Kalau tengok pada empunya badan yang kecil molek ni, mesti korang tak sangka yang usianya dah lebih separuh abad. Pada usia 53 tahun, Sheila Majid dilihat masih jelita, awet muda, bertenaga dan mampu mengekalkan momentumnya sebagai ratu jazz negara.

Bukan sahaja di Malaysia, tapi Sheila juga dikenali di luar negara dan masih relevan sehingga ke hari ini. Tengok sajalah sambutan yang diterima pada konsert berskala besarnya Ogos lepas. Bukan calang-calang orang yang datang.

Selalunya, bila umur dah mencecah 50-an ni, rata-rata, orang akan mula slow down dan fokus untuk berehat di rumah. Tapi, bagi Sheila, usia memang bukan penghalang baginya untuk terus aktif dalam bidang yang sudah menjadi passion buatnya.

 

sumber:ohbulan

 

error: Content is protected !!