JDT Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), muncul sebagai salah satu kelab yang tergolong dalam Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial sehingga 18 Disember 2017.

Menurut laporan rasmi dari sebuah firma terkenal KPMG, mereka telah menyenaraikan semua kelab bola sepak yang mempunyai daya ‘engagement’ yang tinggi melalui rangkaian media sosial internet dan 5 dari 10 kelab yang tersenarai adalah dari Asia Tenggara!

Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Persib Bandung dari Indonesia unggul ditangga teratas apabila mencatatkan jumlah tertinggi di media sosial dengan jumlah keseluruhan 14,448,080 likes, subscribers dan followers dari 4 sosial media utama iaitu Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube Channel.

Johor Darul Ta’zim berada di kedudukan 9 dibelakang pasukan dari Thailand, Muangthong United.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah ketiadaan Youtube Channel menyumbang kepada daya ‘engagement’ yang tinggi bagi JDT untuk berada di kedudukan lebih tinggi.

Top 10 Asia: Facebook Likes

Screen Shot 2017-12-20 at 2.35.09 AM

Di platform Facebook, Persib Bandung jelas jauh mendahului kelab-kelab lain di Asia apabila mencatat 9,642,707 likes, meninggalkan Muangthong United ditempat ke 2 (2,248,762 likes) dan Johor Darul Ta’zim dikedudukan ke 3 (1,868,586 likes).

3 kelab Thailand tersenarai dalam Top 10 Asia: Facebook Likes iaitu Muangthong United, Buriram United dan Chonburi FC. Indonesia pula mempunyai 2 wakil iaitu Persib Bandung dan Sriwijaya FC, menjadikan 6 dari 10 pasukan di Asia yang mempunyai likes Facebook paling banyak adalah dari Asia Tenggara.

Top 10 Asia: Twitter

Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Analisa data followers dari platform Twitter pula menyaksikan kelab dari Arab Saudi dan India mendominasi senarai Top 10 seperti diatas.

Hanya 2 pasukan dari Asia Tenggara berjaya berada dalam senarai Top 10 ini iaitu Persib Bandung (3,163,312 followers) dan Persija Jakarta (2,435,953 followers).

Top 10 Asia: Instagram

Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Data dari bilangan followers Instagram pula menunjukkan bahawa Johor Darul Ta’zim berada di kedudukan ke 5 Asia, apabila mencatatkan 486,030 followers.

Hanya 2 pasukan di Asia berjaya mempunyai followers lebih dari angka 1 juta iaitu Al-Hilal FC dari Arab Saudi dan Persib Bandung dari Indonesia.

Top 10 Asia: Youtube Channel

Top 10 Kelab Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Asia Dalam Media Sosial

Youtube Channel, adalah satu platform media sosial yang paling kurang diberi perhatian oleh semua kelab di Asia.

Ini dapat diperhatikan apabila tiada satu kelab di Asia pun yang mencecah angka 1 juta subscribers. Kedudukan paling atas dikuasai oleh kelab Al-Hilal dari Arab Saudi manakala 2 kelab Thailand berada di tangga ke 2 (Muangthong United) dan 3 (Buriram United).

Apa Kepentingan Media Sosial Kepada Kelab?

Banyak faedah dan kelebihan yang akan diperolehi oleh kelab-kelab bola sepak yang ‘terbuka’ dan sedar kepentingan penggunaan media sosial kepada kelab mereka.

Ia tidak sahaja membawa ‘branding’ pasukan untuk lebih dikenali dalam dunia internet tetapi juga merupakan satu platform untuk membawa nama penaja-penaja untuk menerima lebih ‘exposure’.

Selain itu juga, ia mampu untuk meningkatkan ‘media value’ pasukan dimata syarikat-syarikat tersohor antarabangsa yang mungkin berminat untuk bekerjasama dimasa hadapan.

Sebagai contoh, menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen Sports, penggunaan sosial media mampu menyumbang 5% hingga 20% ‘value’ untuk penaja pasukan.

Perlawanan La Liga diantara FC Barcelona bertemu Real madrid di Nou Camp pada bulan Disember 2016 misalnya, menjana sekitar USD42.5 juta dari perspektif ‘media value’ dari semua platform dan dari sosial media sendiri telah menyumbangkan 12% dari jumlah tersebut.

sumber:www.thevocket.com

error: Content is protected !!