Inilah Senarai Penceraian Artis Popular Malaysia Yang Paling Kontroversi!

PETALING JAYA: Kisah kontroversi dan perceraian dalam dunia hiburan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.
Saban tahun, ia bagaikan tidak sah jika situasi ini tidak berlaku. Kalendar hiburan 2016 tidak terkecuali apabila pelbagai kisah melibatkan artis tempatan menjadi perhatian peminat.

Antara paling diingati adalah kisah penyanyi Zila Seeron (AF4) yang ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada 13 Ogos lalu.

Penangkapannya mendapat liputan meluas ekoran Zila ketika itu juga masih bergelar isteri kepada pelawak Along Cham dan lelaki itu akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 29 Ogos lalu.

‘Percakaran’ melibatkan penyanyi Elly Mazlein dan pelakon Faye Kusyairi juga antara yang menggamatkan industri hiburan selain pengakuan aktor Adi Putra yang berkahwin dua.

Tidak terhenti di situ, kontroversi melibatkan Ammar Alfian, Atikah Suhaimi dan Idris Khan yang didakwa terlibat dalam video s3k tahun lalu kembali hangat pada 2016 apabila gambar dikatakan mirip Atikah dan Idris tersebar luas di internet.

Bagaimanapun, kes perceraian di kalangan selebriti menunjukkan penurunan ketara dan harap-harapnya 2017 tiada terdengar artis ingin bercerai!

Berikut adalah himpunan beberapa kisah perceraian dan kontroversi yang menjadi perhatian.

Rizman Khuzaimi & Kartina Ayoob (13 Januari 2016)
Pembukaan kalendar 2016 menyaksikan perceraian pasangan pelakon Rizman Khuzaimi dengan Kartina Ayoob pada 13 Januari lalu.

Rizman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, memberitahu mahkamah perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya.

Fasha Sandha & Jejai (20 Januari 2016)

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Januari lalu.

Fasha dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media sejurus prosiding berlangsung memberitahu sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan itu dan reda dengan perpisahan tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.

Farah Asyikin & Zaahier Stanley (28 Januari 2016)

Selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menyelesaikan kes perceraian, akhirnya penyanyi Farah Asyikin sah bercerai dengan Zaahier Stanley secara tebus talak pada 28 Januari lalu.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

Syanie Hisham & Nadi Putra Mohd Zainol (23 Februari 2016)

Pelakon Syanie Hisham mengejutkan peminatnya apabila perkahwinan keduanya dengan Nadi Putera Mohd Zainol berakhir selepas bercerai pada 23 Februari lalu.

Enggan mendedahkan punca sebenar perceraian itu Syanie, 43, bagaimanapun memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpisah kerana merasakan dirinya tidak dihargai oleh bekas suaminya itu.

Pasangan itu berkahwin yanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz pada 1 Mac 2014.

Pelakon itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 namun bercerai enam tahun kemudian.

Ally Iskandar & Nurfarahin Romli (17 Ogos 2016)

Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.
Ally menerusi status di laman Facebooknya menjelaskan lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Along Cham & Zila AF4 (29 Ogos 2016)

Kontroversi yang melanda rumah tangga Along Cham dan Zila (AF4) berakhir dengan perpisahan apabila pelawak itu melafazkan talak satu terhadap wanita tersebut pada 29 Ogos lalu.
Along terdahulu memfailkan permohonan cerai pada hari sama selepas memberitahu mahkamah sudah tinggal berasingan selama lima bulan ekoran Zila keluar daripada rumah tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Episod duka Along bertambah parah apabila Zila ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Elly Mazlein, Azmi Hatta & Faye Kusyairi (Oktober 2016)

 

 

Nama Elly Mazlein hangat diperkatakan sepanjang 2016 selepas kisah disebalik perceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu menjadi kecoh.

Timbul pelbagai tuduh-menuduh di antara pasangan itu sehingga mengaitkan pelakon Faye Kusyairi sebagai orang ketiga yang menggangu keharmonian rumah tangga mereka.

Faye yang kemudiannya mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Azmi dikecam hebat walaupun menjelaskan mereka hanya rapat selepas pasangan itu bercerai.

Azmi pula dalam satu sidang media tergemparnya pada Oktober lalu tampil dengan surat akuan bersumpah selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat bekas isterinya itu.

Pengarah itu turut mendakwa punca perceraiannya dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu wanita itu yang melampaui batas. – mstar

error: Content is protected !!