Inilah Dia Real Life Seharian Seorang Engineer Facebook Yang Buat Ramai Cemburu

(Video) Inilah Dia Kehidupan Seharian Seorang Jurutera Facebook Yang Buat Ramai Cemburu,Bestnyer Kerja Dekat Facebook!

Syarikat Facebook adalah sebuah syarikat yang mempunyai nilai hingga berbillion dollar yang di asaskan oleh Mark Zuckerberg.

Orang cakap, sesiapa yang bekerja di sini memang dia punya gaji meletop-letoplah banyaknya yang di bayar oleh Mark. Suasana kerja juga sangat santai selain daripada banyak kemudahan lain di sediakan.

Seorang pekerja syarikat Facebook yang bekerja sebagai jurutera di sana membuat perkongsian aktiviti hariannya dari awal mula bangun tidur sampailah dia masuk tidur semula pada jam 12 malam.

Jurutera Facebook itu bernama Jonathan Ma atau mesra di panggil Joma.

Rumah Joma terletak di tempat yang indah di mana bila bangun pagi,anda boleh lihat ada banyak kapal layar di hadapan rumah tersebut.

Pada awal pagi,dia bangun dan bersiap untuk pergi bekerja. Kebanyakan baju dalam almari pakaiannya adalah bewarna hitam.Tabiat Joma sama macam Mark yang tidak punya banyak warna pilihan.

Joma pergi ke pejabat menaiki basikal syarikat. Sampai di sana, sudah ada ruang khusus untuk dia meletakkan basikal tersebut.

Di dalam pejabat, Joma sarapan pagi dengan menu yang sudah di sediakan oleh syarikat Facbeook secara percuma. Dia boleh sarapan di kafe atau pun membawa makanan itu di meja kerjanya.

Waktu kerja, Joma berbincang dengan jurutera yang lain selain ada meeting. Masuk waktu makan tengah hari,Joma boleh makan apa sahaja makanan enak yang sudah syarikat Facebook sediakan untuknya dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Inilah dia muka-muka individu yang menjadi pengerak belakang tabir laman web Facebook. Mereka punya lifestyle kerja yang memang best.

Lepas makan, Joma menggunakan waktu untuk aktif di laman sosial. Dia dan rakan-rakan juga boleh mengambil jus segar di satu ruang yang di sediakan khas buat semua pekerja dan staf.

Selain itu, meja kerja yang di sediakan buat para staf juga sangat selesa dan canggih.

Makan malam juga turut di sediakan. Kalau rasa nak ambil mana-mana snack, ada ruang khas di sediakan. Semua ada, tunggu bangun dan pergi ambik je secara percuma.

Lepas makan malam dan buat kerja sekejap, jam 7.30 malam Joma akan off komputer dan pulang ke rumah.

Basikal syarikat di tinggalkan di tempat parking khusus dan dia pulang ke rumah menaiki bas khas. Korang boleh tengok sendiri gerak kerja juritera facebook muda ini melalui video di bawah :

Sumber – kisahdunia

error: Content is protected !!