Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Sanggup Pakai Gaun Ketika Bersanding

Kalau dah sayang, apa saja sanggup dilakukan demi isteri tercinta. Begitu juga dengan lelaki ini yang sanggup berkorban untuk isterinya.

Lelaki sanggup bertukar pakaian dan memakai gaun pengantin wanita kerana bakal isterinya berasa gemuruh di hari perkahwinan.

3-42

Pengantin lelaki, Wu Shuai berkata bakal isterinya itu terlalu gemuruh untuk memakai gaun tersebut kerana merasakan berat badannya semakin bertambah.

Di majlis perkahwinan tersebut, pengantin perempuan muncul dengan sut dan berseluar panjang hitam manakala si pengantin lelaki pula tampil dengan gaun pengantin wanita berwarna putih. Majlis perkahwinan aneh itu diadakan di sebuah hotel di daerah Shunqing pada 10 Disember.

“Kadang-kadang kita perlu letakkan diri kita di tempat dia dan cuba fahami apa yang dia rasai. Bagi saya itu adalah kunci kebahagiaan rumah tangga,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan berita antarabangsa.

Pasangan itu bertemu pada 2011. Ketika mereka jatuh cinta, Qian hanya seberat 40kg. Namun Wu gusar dengan berat badan kekasihnya itu dan bantunya menaikkan berat badan.

Wu terpaksa mengubah saiz gaun itu untk nampak lebih cantik dan terpaksa menggunakan kepakaran tukang jahit.

Salah seorang rakan pengantin lelaki berkata:”Lelaki 84kg itu sangat berani mengenakan gaun itu. Ia sangat mengejutkan.

Sumber Daily STar