Ini Dia Pereka Baju ‘Barbie Doll’ Ernie Zakri Untuk AJL32

Ini Dia Pereka Baju ‘Barbie Doll’ Ernie Zakri Untuk AJL32

Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada semua finalis dan pemenang pada Anugerah Juara Lagu 32, semalam.

Kemenangan lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini dan ciptaan Ezra Kong serta Hael sendiri sebenarnya sudah diramalkan ramai orang. Bukan setakat peminat Hael tau tetapi juga penyanyi dan pemain industri muzik yang lain.

‘Jampi’ mempunyai bait lagu yang catchy dan mudah dinyanyikan ramai. Malah liriknya juga mempunyai magis tersendiri serta mudah diingat oleh pendengar. Selayaknya ‘Jampi’ diangkat sebagai lagu terbaik ada edisi ke-32 ini.

Namun, bila bercakap tentang fesyen finalis yang bertanding semalam pula, rata-rata tak nak kalah dengan memakai baju bersesuaian dengan tema ‘Fesyen dan Muzik’.

Salah satu pakaian yang mendapat perhatian dan pujian adalah mullet dress yang disarung oleh Ernie Zakri.

Potongan tea length di bahagian depan dibalas dengan train pada bahagian belakang membuatkan Ernia kelihatan lebih tinggi apabila kamera zoom in dari tangga pentas.

Rekaan seakan bow pada bahagian bustier dan perincian diamante pada bahagian bodice Ernie juga membuatkan dia tampil seakan patung Barbie hidup semalam di sebelah ‘teman tapi mesra’, Syamel.

Netizen memuji ia adalah pakaian terbaik untuk Ernie, bersesuaian dengan bentuk badan, ketinggian dan umur Ernie yang masih muda. Dan disebabkan itu, ramai tertanya-tanya siapakah fashion designer di sebalik dress ini.

Memperkenalkan, AMAZE Atelier yang mempunyai butik pakaian pengantin atau bridal di Shah Alam, Selangor.

Dalam caption foto yang dimuat naik oleh Amaze Atelier di Instagram, mereka berkata ia adalah imej terbaik yang pernah dilihat pada Ernie Zakri. Dress tersebut digandingkan dengan jewellery dari KCO Jewels yang mengingatkan penulis kepada koleksi musim sejuk.

Ernie sempat berterima kasih kepada Amaze Atelier untuk “Beautiful Dream Dress” ini kerana dia sememangnya telah meminta dress seakan ballgown dengan solekan natural.

Muda, segar dan refreshing, Ernie memang kelihatan seperti princess semalam!

Bukan hanya netizen yang memuji, malah pereka fesyen Rizman Nordin daripada jenama Rizman Ruzaini juga memuji dengan berkata, “Lawa sangat! Congrats! Ada taste! Ons!”

Dan Amaze Atelier menjawab semula dengan berkata, “OMG I just died. Coming from you. Thank you sir Rizman!”

Sementara itu, jurusolek Sahir Sabri pula diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan wajah dan rambut sleek wavy pada Ernie semalam.

Mesti lepas ni ramai pengantin nak dress dan solekan seperti Ernie Zakri, kan?

 

sumber:https://kisahrumahtangga.net/ini-dia-pereka-baju-barbie-doll-ernie-zakri-untuk-ajl32/

error: Content is protected !!