Ini Adalah Contoh RIAK Yang Kita Sentiasa Buat Tanpa Kita Sedar.

Gambar Hanya Gambar Hiasan

Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Riak! Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa! Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T? Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling.

Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya ! Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

Puji Anak Berlebihan – Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

Check in Hospital Mahal – Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

Bersyukur Tak Habis-Habis – Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

Tunjuk Kereta Mahal – Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

Shopping – Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

Serba Baru – Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la

Muka Lawa – Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Maka hindarilah dari bersifat riak !

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Sumber dari KataUstaz via islamagamaku

Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. ” ( Al-A’araf : 40)

Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

Sifat takbur mempunyai 3 peringkat iaitu :

1- Takbur kepada Allah S.W.T.

Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini.

2- Takbur kepada Rasul

Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami.” (Surah Ibrahim :10)

3- Takbur terhadap sesama manusia.

Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:

a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.

Kredit : http://mikaelmuallaf.blogspot.my/2012/02/takbur-ujub-riak.html

#muslimvolunteermalaysia

error: Content is protected !!