Ingatkan Artis Hollywood Bersih Sangat! Rupanya…7 Artis Hollywood Ini Bau Mulut Dan Ketiak

ngat Artis Hollywood Bersih Sangat! Rupanya…7 Artis Hollywood Ini Bau Mulut Dan Ketiak

Korang mesti ada pelakon kegemaran dari Hollywood kan? Kalau min dah terbayang keperihalan dorang ni bersih, kemas, pakai barang yang berjenama and mesti wangi selalu.

Ada juga artis Hollywood korang ni yang bau ketiak dan bau mulut busuk tau! Nak tahu siapa artis tu? Jom kita tengok 7 artis Hollywood ni yang bau mulut dan ketiak. Yicks!

1) Brad Pitt

Korang jangan patah hati ya, rupanya Brad Pitt ni mempunyai bau ketiak yang sangat kuat sampai pening kepala orang yang bau! Hal ini dijelaskan ketika Brad shooting filem Inglorious Bastards bersama Eli Roth.

Brad menyatakan dia sebenarnya jarang mandi. Apa?! Sebab dia mempunyai 6 anak dan dia tak ada masa untuk mandikan diri sendiri. Aduh, sampai macam tu sekali ye..

Oleh sebab itu, dia hanya guna tisu basah dan lap ketiak dia bagi menggantikan mandi. Mana sama bro! Sabun kena ada baru bersih.. huhu

2) Marilyn Monroe

Siapa tidak kenal dengan ikon seks dan wanita yang tercantik di Hollywood serta ramai jejaka yang ingin bercium dengannya.

Muka cantik tapi rupanya kentut busuk sangat, kata Clark Gable lagi Marilyn ni malas mandi dan kentut dia terlampau busuk.

3) Jennifer Lawrence

Dah banyak aktor lelaki yang buat adegan ciuman dengan jennifer ni dan rata-rata mereka sangat tak selesa dengan bau mulutnya.

Ketika penggambaran filem The Hunger Games rupanya dia sengaja memakan makanan berbau. Setiap kali adegan ciuman dia akan makan bawang putih atau makan yang baunya kuat supaya aktor lelaki tidak menciumnya dengan serius.

4) Matthew McConaughey

Beberapa orang enggan menggunakan deodoran. Dari alasan alergi dan malas membawanya. Contohnya, adalah Matthew McConaughey. Dia mengaku sudah 20 tahun tak gunakan deodoran ataupun cologne.

Beberapa artis memang tak tahan dengan bau ketiaknya tapi Matthew menolak metah-mentah kenyataan itu dan berkata ibu dan kakaknya sangat suka dengan bau ketiaknya kerana merasa tenang. Fuhh!

5) Johnny Depp

\

Siapa sangka aktor yang berbakat besar dengan segala watak yang dibawanya menjadi rupanya malas mandi. Dulu Johnny adalah seorang perokok yang tegar dan sudahpun berhenti tapi mulutnya masih berbau.. Ish ish ish

Ketika adegan romantik bersama Angelina Jolie, dia diminta untuk berkumur dengan Listerine dahulu.

Johnny hanya menuruti arahan Angelina suapay dia lebih selesa untuk melakukan adegan ciuman itu.

6) Angelina Jolie

Eh ada jugak? Jangan sangka, rupanya Angelina pun ada masalah bau mulut jugak. Sampai bekas suaminya, Brad Pitt menghadiahkan peppermint pada Hari Valentine. Allahu..

7) Hugh Grant

Tidak dapat disangkal bahwa aktor Hugh Grant adalah jejaka tampan. Tapi adakah dia pencium yang baik?

Sementara, memang tidak ada artis yang mengatakan sesuatu yang buruk tentang kemampuan berciuman Grant atau bau mulutnya yang buruk. Tapi, tidak dapat disangkal bahawa nafasnya sangat busuk.

Menurut The Guardian, ketika aktor tampan itu hadir di Academy Awards, dia membuat seluruh tempat itu berbau busuk kerana nafasnya yang tersangat busuk.

Selain itu, dikatakan bahawa sepanjang majlis Oscar, nafas Grant berbau sangat kuat  sehingga aktor lain menerima impak dan memintanya untuk melakukan sesuatu untuk menghilangkan bau nafas ‘naganya’.

 

Sumber: kisah dunia

error: Content is protected !!