“Harap Urusan Untuk Bernikah Dengan Uqasha Berjalan Lancar”-Hefny Sudah Bersedia Jadi Suami,Perdalam Ilmu Agama Sebelum Kahwin

“Harap Urusan Untuk Bernikah Dengan Uqasha Berjalan Lancar”-Hefny Sudah Bersedia Jadi Suami,Perdalam Ilmu Agama Sebelum Kahwin

Hubungan cinta antara Hefny dan Uqasha di katakan sudah tidak menjadi satu rahsia lagi.

 

Bagi pengacara TV dan juga pelakon terkenal ini, mereka berdua di katakan sedang bahagia menyulam cinta dan menunggu masa untuk naik ke pelaminan bersama.

 

Menurut Hefny, dia dan juga Uqasha sudah pun mendapat restu keluarga bagi sama-sama menjalankan ibadah perkahwinan tidak lama lagi.

 

“Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya.“Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan.

 

Ditanya oleh wartawan kenapa mereka sepertinya mengambil masa untuk membuat keputusan untuk berkahwin, ini respond dari Hefny :

“Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan” .“Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,”

 

“Yang perlu dirahsiakan di sini adalah majlis pertuna­ngan, bukannya majlis pernikahan. Sebab utamanya terlalu banyak cabaran untuk orang bertunang maka ia dibolehkan untuk dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Pun begitu, semuanya terpulang kepada individu “.

error: Content is protected !!