GEMPAR!! – Michael Jackson Hidup Balik dan kini di Sepanyol ?

Netizen gempar apabila gambar seorang lelaki mirip Michael Jackson menular di laman sosial. 99% sama!

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Lourdes Zavaleta, 21 tahun menjadi terkenal dalam sekelip mata di internet gara-gara memuatnaik gambar ‘teman lelaki’ yang seiras Raja Pop Dunia iaitu, Michael Jackson!

Setelah memuatnaik gambar pelanduk dua serupa kepada bintang pop terkenal itu di Twitter dengan kapsyen, “Teman lelaki saya sangat comel, tengok swafoto yang dia baru hantar kepada saya”, netizen mula melontarkan komen.

Antaranya seperti, “Awak sedang bertemu janji dengan raja pop!”

Namun, Lourdes kemudiannya membuat pengakuan mengejutkan kepada semua netizen. Menurutnya, lelaki di dalam gambar berkenaan bukanlah teman lelakinya seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Hakikatnya, dia telah menemui gambar lelaki tersebut di Twitter dan hanya ingin bergurau bersama rakan-rakannya serta tidak menyangka gambar tersebut akan menjadi tular dan membuatkan ramai orang percaya.

Lourdes yang dikenali sebagai Gossip Grill di laman Twitter berjaya mendapat sebanyak 22,900 orang pengikut gara-gara tular kerana memiliki teman lelaki mirip Michael Jackson.

Setelah diselidik, ternyata lelaki berkenaan merupakan seorang ahli muzik dari Sepanyol dan terkenal kerana kebolehannya memimik Michael Jackson. Namanya adalah Sergio Cortes.

Sergio baru-baru ini telah mengadakan konsert di Amerika Selatan sebagai tribut kepada Raja Pop berkenaan. Namun, dia langsung tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Lourdes, malah tidak pernah bertemu sesama mereka.

“Seronok juga bila orang ramai merasakan ianya melucukan walhal ia sepatutnya menjadi bahan gurauan antara saya dan kawan-kawan. Tidak sangka mereka percaya saya sedang bercinta dengan lelaki tersebut”.

Tulis Lourdes lagi di akaun Twitternya, “Ianya agak menyeronokkan terutamanya apabila kita tahu masih ramai manusia yang menyayangi Michael Jackson”.

Era Baru

 

 

 

 

 

error: Content is protected !!