GEMPAR!! – Apa Sudah Jadi? Orang Awam Hanya Ketawa Lihat Gadis Dicabul Lelaki Dalam LRT Ke Masjid Jamek

Saban hari, ada sahaja kita dengar kes cabul yang berlaku terhadap gadis atau wanita di luar sana. Lebih teruk lagi, kebanyakan kes yang berlaku adalah di tempat awam dan apa yang menyedihkan apabila sikap orang ramai yang lebih memilih untuk menjadi penonton serta berdiam diri daripada tampil ke hadapan untuk membantu mangsa.

Tular lagi di media sosial, di mana seorang remaja perempuan telah dicabul ketika berada di dalam LRT. Menurut mStargadis ini dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Masjid Jamek pada 14 Disember yang lalu.

Sumber: Twitter

Ketika gadis itu di dalam LRT tersebut, dia telah diganggu oleh seorang lelaki, yang mengeluarkan kemaluannya dan menggosok ‘benda’ tersebutEUWWWW!

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, gadis itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai, namun sebaliknya dia pula ditertawakan oleh beberapa orang awam di dalam LRT berkenaan. Tak patutnyaaa!

Gambar hiasan

Apa yang lebih menyedihkan, pekerja Rapid KL yang turut berada di situ langsung tidak membantunya. Malah mereka ‘membiarkan’ suspek terlepas sebanyak dua kali walaupun gadis itu telah memberitahu secara terperinci tentang fizikal suspek tersebut.

Rakan kepada gadis itu telah berkongsi kisah ini di laman Twitter sebagai inisiatif agar pihak Rapid KL dapat memberkas lelaki tersebut. Tetapi dia telah diancam oleh seseorang yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikannya.

Sumber: Twitter

Gadis itu juga turut meminta rakaman CCTV tetapi pihak Rapid KL enggan memberikannya walaupun dia telah membuat laporan polis. 

Keesokan hari, pihak Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan di laman rasmi Twitter, di mana suspek tersebut telah berjaya ditangkap dan diberikan kepada pihak PDRM untuk siasatan selanjutnya.

Tetapi rupa-rupanya, suspek tersebut bukanlah lelaki yang dicari-cari oleh gadis berkenaan. Katanya, suspek itu adalah ‘pervert‘ bagi kejadian lain yang turut berlaku pada waktu itu.Ramainya pervert….

Sumber: Twitter

Rata-rata netizen berang dengan kelakuan pihak Rapid KL ini yang seolah-olah mengambil kejadian serius itu sebagai sesuatu yang biasa. Mereka hanya sambil lewa dalam menyelesaikan kes tersebut, sedangkan mereka tahu ini melibatkan keselamatan dan maruah bagi golongan wanita.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Terbaru, pihak Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan di mana rakaman CCTV yang mereka mahukan itu sudah diberikan kepada pihak PDRM dan mereka berharap agar pihak PDRM berjaya memberkas lelaki tersebut.

Hmm.. Pervert memang ada di mana-mana. Please ladies, hati-hati yaa!!

 

error: Content is protected !!