“Geli Tengok Melodi 2018 ” – Kesian Ajak.Baru 30 Minit Bersiaran Dah Kena Kecam!

Semua sedia maklum bahawa pengacara rancangan gosip popular, Melodi telah digantikan dengan Ajak Shiro serta Janna Nick. Bukan mudah tanggungjawab yang harus dipikul Shiro kerana semestinya cara dan style pengacaraannya akan dibandingkan dengan host berpengalaman seperti Awal Ashaari yang juga telah lama mengacara Melodi.

Tetapi ada juga segelitir penonton Melodi melabelkan Ajak sebagai ‘kayu’, tak sesuai untuk jadi rancangan popular tersebut. Alah, mungkin Ajak tak biasa lagi nanti bila dah lama sikit mesti dia dah expert. Tak gitu?

Tak adil banding dengan pengacara lama

 

Walaupun dianggap kaku, Ajak bersikap terbuka dalam isu mengendalikan Melodi bersama Janna Nick. Ajak juga berkata tidak perlu membandingkan cara serta gaya penyampaiannya dengan hos sebelum ini, Awal Ashaari.

Tidak adil rasanya untuk membandingkan saya yang tidak sampai 30 minit mengendalikan Melodi dengan Awal. Dia sudah enam tahun mengacarakan rancangan ini.

Berilah saya peluang untuk mengasah kemahiran pengacaraan. Insya-Allah, saya akan menjadi hos yang lebih baik.


Kalau mahu mengkritik juga, janganlah sampai menghina keluarga atau menggunakan kata-kata kesat.

 

Minggu lalu merupakan julung kalinya Ajak dengan Janna Nick bergabung bersama dalam edisi Melodi yang terbaru. Tetapi gandingan mereka mendapat kritikan penonton walaupun mereka mengacarakan program hiburan popular itu tidak sampai satu jam.

Walaubagaimanapun, mereka ambil teguran orang ramai sebagai perkara yang positif demi memperbaiki kelemahan serta mutu pengacaraan masing-masing.

Sumber: Berita Harian

 

kredit: ohbulan

 

error: Content is protected !!