[Gambar & Video] Wajah Terkini Anak Kedua Kepada Yusri & Lisa Surihani Yang Jarang Dipertontonkan Kepada Umum!

Nampaknya keluarga pasangan aktres Lisa Surihani dan penyanyi Yusry bertambah gamat dengan kehadiran anak kedua mereka, Yusof Leonne.

Umum sedia maklum, pasangan ini tidak terlalu terbuka untuk berkongsi wajah anak. Namun bersempena Syawal ini, Lisa telah bermurah hati untuk memuat naik foto terkini Yusof di laman Instagramnya.

Sebemum ini Pasangan selebriti, Yusry KRU dan Lisa Surihani menamakan anak kedua mereka Yusof Leonne.
Nama anak kedua mereka dikongsi oleh Yusry dan Lisa di laman Instagram masing-masing bersempena dengan majlis tahnik Yusof.

Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur pada jam 7.10 pagi.

Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pada 15 September 2015, Lisa dan Yusry dikurniakan anak pertama, Yahaira Leanne.

Foto-foto tersebut memperlihatkan betapa comelnya Yusof beraksi di sisi ibu dan bapanya.

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani / bukubiru

Rata-rata netizen melahirkan rasa geram melihat kecomelan wajah Yusof. Malah mereka juga teruja memandangkan jarang-jarang sekali foto Yusof didedahkan kepada khayalak.

error: Content is protected !!