[GAMBAR] Baby Bump Fazura Jadi Topik Hangat Di Instagram

Sentiasa menjadi tumpuan peminat, nampaknya pelakon popular Nur Fazura telah menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial menerusi salah satu gambar yang dkongsikan oleh pelakon itu di Instagram.

Kami di Hangat.com lihat gambar itu menunjukkan Fazura di sebuah majlis pertunjukan fesyen dan kerana mata peminat yang sangat tajam, rata-rata daripada mereka mengatakan terlihat ‘baby bump di perut Fazura pada salah satu gambar yang dikongsikan.

Ada juga yang mengucapakan tahniah kepada Fazura dan berharap kandungannya sihat seolah-olah pelakon itu sah sudah hamil. Tapi ye ke sedang mengandung?

Kita tengok gambar dibawah dakwaan peminat yang menampakkan baby bump selebriti itu.

Berikut antara komen-komen peminat tentang baby bumb dan ucapan tahniah di ruangan komen itu.

Kami sendiri pun tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Fazura kini sedang hamil. Apa-apa pun sehingga kini Fazura tidak keluarkan apa-apa kenyataan. Kita tunggu jelah!

SUMBER

Kerana Analisis Ini, Peminat Fazura & Neelofa ‘Berperang’ Di Instagram!

Baru-baru ini, kami di Hangat.com ada menulis sebuah analisis mengenai pelakon Neelofa dan Fazura berdasarkan populariti dan pencapaian mereka memandangkan kedua-duanya hangat diperkatakan.

Peminat Bergaduh Di Instagram

Perang Komen

Namun begitu, susulan daripada muat turun ulasan kami di Instagram, ternyata kedua-dua peminat selebriti ini tidak berpuas hati dan saling bertelagah antara satu sama lain di Instagram Hangat.com. Hampir 200 komen dilihat pada ruangan itu kerana masing-masing ingin mempertahankan selebriti kesayangan mereka.

Perlu diingatkan, kami bukanlah bersikap untuk melaga-lagakan Fazura dan Neelofa, sebaliknya analisis tersebut dibuat bagi melihat prestasi dan kejayaan mereka dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Neelofa Mahu Neutral

Dalam perkembangan lain, Neelofa menerusi wawancaranya di dalam sebuah rancangan hiburan baru-baru ini telah menjelaskan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan.

“Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada peseteruan dengan sesiapa”

Tambah Neelofa, dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya cuma tidak mahu sebarang masalah dan bersikap neutral.

Jelas sekali kekecewaan terpancar pada Neelofa kerana mereka di luar sana yang terlalu ‘berlebihan’ walhal kedua-dua selebriti ini tidak mempunyai sebarang masalah.

Buat peminat pula, mungkin anda juga boleh bersikap neutral dan abaikan sahaja komen – komen yang menjatuhkan selebriti kesayangan anda.

SUMBER

error: Content is protected !!