Gadis Selfie Kerana Nak Tunjuk Baju Cantik Tetapi Apa Yang Sebenar Orang Lain Nampak Buat Semua Orang Terkejut

Gadis Selfie Kerana Nak Tunjuk Baju Cantik Tetapi Apa Yang Sebenar Yang Orang Lain Nampak Buat Semua Orang Terkejut

Selalu sangat dah perihal gadis cantik dalam menjaga penampilan tapi pemalas untuk menjaga kebersihan bilik mereka sendiri atau pun rumah.

Bukan tidak pernah kita baca di media sosial facebook, apabila tuan rumah viral kan kes rumah yang terbiar dalam keadaan yang sangat kotor setelah habis menyewa.

Paling menyedihkan apabila kesemua penghuni rumah sewa itu adalah wanita! Jadi jangan nak terpedaya sangat dengan wnaita cnatik ni tapi kebersihan tak pandai nak jaga. Satu lagi kes memalukan terjadi pada seorang perempuan yang menjadi tular di internet.

Pada awalnya gadis yang bernama Alyssa ini mengambil gambar dan ingin menunjukkan baju yang dikatakan glamour dan dimuat naik ke media sosial. Ketika itu Alyssa berada di dalam biliknya dan mengambil gambar berhadapan dengan cermin.

Namun apa yang terjadi sangat memalukan bagi seorang wanita yang cantik bergaya apabila netizen mengecam keadaan biliknya yang sangat bersepah dengan baju baju. Gadis yang berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat mendapat reaksi yang mengejutkan dari netizen sebaik sahaja dia memuatnaik gambar tersebut dalam twitternya.

Image result for Alyssa room mess

Selain daripada dikecam pemalas, ada netizen lain yang turut mendakwa kelihatan seperti haiwan kecil iaitu tikus di dalam gambar berkenaan di sebalik timbunan baju.

Sesiapa yang melihatnya pasti akan mengecam dan amat menjijikan apabila tikus boleh selamba lepak sebilik. “Macam mana lah kau boleh rakam gambar sedangkan kau tahu bilik kau bersepah dengan teruk”, tanya netizen.

Apa yang pelik, Alyssa seolah olah tidak terkesan dengan ancaman yang diterima sebaliknya beliau sempat bergurau. “Adik aku tentunya terkejut apabila aku beritahu aku jadi bualan. Dia tentu tidak akan bersihkan biliknya lagi,” katanya.

 

Anak dara oh anak dara…

Gambar tular keadaan rumah yang dihuni dan ditinggalkan anak dara yang bagaikan ‘tongkang pecah’ menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju bahawa semakin ramai anak dara pemalas dan pengotor.

Hasil kaji selidik secara dalam talian selama 24 jam bermula kelmarin yang dijalankan Harian Metro (HM) menerusi Facebook membabitkan 499 responden, 93 peratus bersetuju bahawa gambar tular rumah dalam keadaan kotor dan berselerak yang dihuni dan ditinggalkan anak dara membuktikan semakin ramai anak dara pemalas dan pengotor.

 

Sebanyak 69.1 peratus pula mengakui pernah tinggal serumah dengan anak dara pemalas dan pengotor.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsi responden, seramai 345 orang berdepan dengan masalah bilik bersepah yang mana pakaian dibiarkan di atas tilam dan lantai.

 

Seramai 337 orang pula berdepan dengan sikap anak dara yang malas membersihkan bilik air sehingga berlumut manakala 329 berkongsi bahawa ramai gadis sering membiarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan, tidak dibasuh.

Bagi soalan anak dara pemalas , pengotor kebanyakannya tidak disangka kerana di luar mereka cantik, gemar bersolek dan pandai bergaya sebanyak 94.8 peratus bersetuju, manakala soalan untuk lelaki, adakah anda akan semakin berhati-hati memilih pasangan hidup supaya tidak menjadi suami kepada isteri yang pemalas dan pengotor, 93 peratus memilih ya.

 

 

Mengenai soalan perlukah diadakan bengkel, kempen atau ceramah supaya masalah anak dara pemalas dan pengotor ini tidak terus menjadi-jadi dan dapat beri kesedaran kepada mereka, 76 peratus memilih perlu.

Dalam pada itu, ‘trend’ sama dapat dilihat dalam kaji selidik HM di Twitter apabila 81 peratus daripada 2,811 responden bersetuju semakin ramai anak dara pemalas dan pengotor.

 

Bagi soalan kebanyakan anak dara yang pengotor gemar bersolek dan pandai bergaya, sebanyak 86 peratus daripada 2,921 responden juga bersetuju.

Mengenai soalan jika perlu diadakan bengkel, kempen atau ceramah untuk atasi masalah anak dara pemalas dan pengotor, hanya 30 peratus yang mengatakan tidak perlu.

 

Sementara itu, seorang daripada responden, Safiqah Mohd Saimi, turut berkongsi pengalaman tinggal sebilik dengan anak dara pengotor.

“Ya, saya pernah sebilik dengan gadis yang cantik dan ramai peminat. Hakikatnya disebalik itu, dia adalah seorang pengotor.

 

“Satu katil penuh dengan underwear (pakaian dalam), baju-baju bersepah di atas tilam dan lantai yang tidak berbasuh, bawah katil penuh dengan mangkuk bekas mi segera yang sudah berkulat dan berminggu-minggu tidak dicuci,” katanya.

Safiqah menambah, dia pernah menegur sikap gadis terbabit namun teguran itu tidak diendahkannya.

 

“Saya tinggal sebilik dengannya selama hampir setahun ketika kami masih menuntut di Universiti Awam di Perak. Pernah beberapa kali saya menegur dia tapi dia bertindak agresif setiap kali ditegur sehingga dia pernah mengugut mahu membunuh saya.

“Berikut kejadian itu, saya membuat laporan polis namun menarik semula kes terbabit kerana kasihan dan memikirkan kami masing-masing masih menuntut. Sehingga kini kami tidak bertegur sapa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Dengan ini saya ingin menyeru, akak akak yang nampak cantik bergaya, makeup satu muka tu bawak bawaklah menjaga kebersihan anda ya. Jangan diri nampak cantik tapi dalaman kotor. Tak mau takmauu.

 

sumber : mymediaprima

error: Content is protected !!