Gadis Melayu Berpurdah Mulai Nakal. Bertaubatlah wahai kaum hawa. Jangan Hina Islam.

Gadis Melayu Berpurdah Mulai Nakal. Bertaubatlah wahai kaum hawa. Jangan Hina Islam.

Pakai tudung..tapi macam telanjang..trend masa kini..

Gadis Melayu Berpurdah Mulai Nakal|Purdah adalah satu pemakaian yang menutup aurat sebagai mana tujuannya adalah untuk menjaga aurat untuk tidak di lihat orang lain.

Lalu dari mana datangnya Bepurdah berseluar ketat?

Jawabnya adalah Fesyen yang mengikut zaman serta kemajuan tegnologi.Dimana fasyen tersebut meracuni kesucian purdah atau Niqap.

-Kesucian yang di anjingkan oleh mereka yang terlalu taksup dengan tren masa kini.

-Kesucian yang telah di jadikan sebagai topeng untuk menutupi perangai binatang mereka.

Ini adalah salah satu jarum-jarum halus yahudi yang sudah meraja lela di tanah melayu tanpa kita sedari.Purdah moden dengan gadis yang tidak menolak zaman.memang sangat padan.Atas longgar bawah ketat..Ingat sabda Nabi Muhammad tentang yang berlebihan itu tidak baik.

Sama halnya dengan memakai tudung,memakai tudung dan purdah bukanlah satu fesyen untuk kelihatan wahhh di mata manusia ianya adalah satu syarat yang wajib sebagai satu tanda kepatuhan kepada Allah SWT.sebagian orang sanggup mengabiskan masa yang cukup lama di depan cermin untuk membuat belitan model tudung terkini.

Rasulullah bersabda,
“Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk surga dan tiada mencium semerbak harumnya.” (HR. Abu Daud)

Sumber: eberita

httр://www.реnvіrаl.соm/gаdіѕ-mеlауu-bеrрurdаh-mulаі-nаkаl-bеrtаubаtlаh-wаhаі-kаum-hаwа-јаngаn-hіnа-іѕlаm/

SALAH FAHAM MENGENAI PURDAH

Bila ditanya kepada si pemakai purdah apakah dalil purdah itu bertahap sunat atau wajib, ramai yang tidak mampu menjawabnya sedangkan apa yang kita amalkan perlu diketahui sumbernya.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Terdapat banyak dalil bahawa purdah bukan pakaian syariat SEKALIPUN WANITA ITU CANTIK DAN MENARIK PERHATIAN PADA WAJAHNYA.

Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah al-Anmari, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِrجَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلَانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلَالِ *

Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط al-Ausad . Al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, pada hadith yang ke- 235, berkata: sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan)

Menurut hadith di atas ini Rasulullah tidak pun menasihatkan wanita yang berjaya menarik perhatian baginda supaya berniqab/purdah tetapi baginda menyelesaikan gelora nafsu dengan cara halal. Jika wanita itu berpurdah, masakah Nabi sendiri terpikat dan naik nafsunya.

Oleh itu di dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkan, maka datangilah isterinya, kerana itu dapat menyelesaikan apa yang ada dalam dirinya”(shahwat) (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Daripada Ibn ..Abbas r.a., katanya:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهمَا قَالَ كَانَ فَجَاءَتِ الْفَضْلُ رَدِيفَ النَّبِيِّ فَجَعَلَ الْفَضْلُrامْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ فَجَعَلَ يَصْرِفُ وَجْهَ النَّبِيُّrالْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Al-Fadhal (bin ..Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khath..am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: Lantas al-Fadhal bin ..Abbas memandangnya. Dia adalah seorang WANITA YANG CANTIK. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan WANITA BERWAJAH CANTIK WAJIB MENUTUP WAJAH ADALAH PEMBOHONGAN TERHADAP DALIL SUNNAH. Kata Ibn Hazm: “Sekiranya wajah wanita itu bertutup tentunya ibn ..Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau hodoh” (Ibn Hazm, Al-Muhalla, jld 2, m.s. 248)

Jika dibaca kesuluruhan hadith di atas, kita akan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, IAITU TAHUN KE 5 HIJRAH. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat DAN PALSU SEMATA-MATA. IA HANYA REKAAN AHLI ZUHAD NAMUN SEJARAH TARIKH TURUNNYA WAHYU TIDAK BOLEH DITIPU.

Oleh kerana tiada hujah yang mengatakan purdah pakaian syariat sebaliknya yang membuktikan purdah bukan pakaian syariat lebih banyak, maka muktamadlah purdah bukan pakaian Syariat. Jika kita ingin memakai purdah silakan tapi HARAM MEREKACIPTA KELEBIHANNYA DAN FADHILATNYA KERANA IA TIADA DALAM NAS TENTANG STATUSNYA WAJIB ATAU SUNAT.

Namun awas, harus diingat bahawa Nabi melarang keras LIBASUSSUGHRAH yakni pakaian yang aneh dari orang setempat yang menutup aurat. Pakaian aneh akan menarik banyak mata ke arah si pemakai sedangkan tujuan menutup aurat bukanlah untuk menarik pandangan orang lain.

Adalah SATU KEBOHONGAN jika siapa yang menafikan bahawa ratusan orang melihat secara khusus jika anda berjalan di pasar raya MALAYSIA dengan berpurdah. Sebab itu Nabi menegah libasussghra yang dapat mengubah tujuan berpakaian itu sendiri. Tujuan asal untuk supaya tidak diganggu dan tidak diperhatikan, malangnya jadi perhatian utama dalam satu-satu kawasan itu jika anda berpurdah. Islam tertegak atas dasar Hujah dan Dalil bukannya emosi. Janganlah kita ghuluw dalam beragama sehingga menjauhkan orang bukan Islam untuk menyertai Islam di Malaysia ini dengan membawa Imej extreme yang sebenarnya bukan syariat. KALAU NAK PAKAI PERGI LA KE ARAB SAUDI KERANA DI SANA MEMANG BUDAYA MEREKA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM LAGI.

TAPI INGAT, PERGI HAJI BUKA PURDAH YA KERANA HARAM BERPURDAH KETIKA BERIHRAM!

Sunat atau wajib boleh diisytihar jika terdapat Dalil sahih dr Quran dan hadith sahaja. Tidak ada jalan lain untuk memutuskan kewajipan atau kesunatan kecuali 2 jalan itu sahaja. Jika tidak ia menjadi bid’ah munkarah.

Sesuatu benda tidak akan menjadi wajib tanpa dalil. Wajib tidak boleh disandarkan pada alasan ia mendatangkan fitnah. Nabi pun tak suruh wanita cantik berpurdah menurut hadith kisah yg saya sebut sebelum ini. Oleh itu mengatakan ia wajib jika wajah cantik adalah PEMBOHONGAN TERHADAP ALLAH DAN RASUL.

Jika kita mengatakan ia sunat dan wajib tanpa dalil ini sama dengan kita berbohong atas nama Allah dan Rasulnya. Ini kerana sunat atau wajib hanya datang dari kata-kata Allah dan Rasul sahaja.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Ingat, jangan mudah mengatakan WAJIB TANPA DALIL. Wajib tidak boleh diputuskan menggunakan tanggapan semata-mata. Jika kita mengatakan wanita tertentu itu jatuh hukum wajib memakai purdah, ia seperti mengatakan haram wanita itu menunjukkan wajah. Islam telah memberi amaran terhadap perbuatan ini dalam dalil berikut:

Ertinya: “Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian memalingkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang AKU TIDAK TURUNKAN KETERANGAN (DALIL) PADANYA.” (Riwayat Muslim)

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)

MENGENAI PENDEBATAN BAHAWA WAJAH WANITA YANG MENDATANGKAN FITNAH (CANTIK) ADALAH HARAM DIPERLIHAT ADALAH PERDEBATAN YANG SIA-SIA KERANA IA SUDAH DIBERI AMARAN OLEH RASULULLAH!

“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhāri: VI/2658/6859.)

Kita bukan anti purdah tapi ingin mengembalikan Islam pada asalnya bukan Islam tokok tambah. Dalam agama ni tak boleh kurang atau lebih (ghuluw). Jangan kita bagi imej salah kepada Islam sampai orang bukan Islam takut ingin mendekati Islam.

Jangan kerana ia nampak baik maka kita kata ia syariat dan menokok tambah ia wajib atau sunat. Menurut firman Allah.

“Katakanlah: “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan mereka yang paling rugi amalannya? (Iaitu) mereka yang telah sia-sia kerja buatnya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka melakukan amalan yang baik”. (Surah al-KahfI: 103-104).

Mengenai burka ia memang budaya negara Arab dan menjadi kebiasaan kepada mereka. Jadi siapa yang memakainya bukanlah dikategorikan libasussughrah (pakaian ganjil) dan tidak menarik banyak mata. Namun jika dipakai di Malaysia, ia akan menarik ribuan mata manusia ke arah anda. Anda lebih diperhatikan dari orang lain sedangkan anda wanita. Sedangkan lelaki sendiri dilarang berpakaian aneh agar tak menjadi tumpuan, inikan pula wanita.

Dalam kes Malaysia, orang menganggap pakai purdah itu selalunya lawa. Jika semua orang dah tahu, adakah itu merbahaya kepada wanita itu kerana orang lain tahu dia pasti cantik!

Kembalilah kepada Islam yang asal berteraskan Quran dan hadith. Islam ni sederhana. Kurang haram, berlebih (bid’ah) pun haram. Boleh pakai purdah kalau diiktikad dalam hati ia fesyen arab semata-mata. Boleh pakai kalau sekeliling anda ramai berpurdah supaya anda tidak menjadi perhatian utama.

Sebab itu kita tengok orang yang belajar tinggi dalam Ilmu hadith sehingga pHD pakaian mereka sederhana sahaja. Seperi Shaikh Yusuf Al-Qardawi, Syaikh Naseruddin Al Albani (pakar hadith dunia), Dr Mohammad Asri dan lain-lain.

Namun kita berasa ganjil mengapa orang sekolah pondok, orang yang tak banyak tahu hujah dalil atau lemah penguasaan kajian hadithnya pakaiannya sangat Arab dan Extreme. Maaf jika tersinggung. Kita tak jumpa pun pakar hadith bertaraf Faqih di kalangan wanita yang berpurdah tetapi berpakaian sederhana sahaja. Sebab itulah golongan paling ramai berpurdah dalam Malaysia ini adalah golongan Al-Arqam namun mereka semua mudah-mudah ditipu oleh ketua mereka. Adakah mereka terlalu cetek Ilmunya sehingga mudah ditipu dengan menyertai Al-Arqam?

Oleh itu kembalilah kepada Islam yang asli. Semua perkara dalam Islam datang dengan dalil Quran dan Hadith. Set minda kita semua benda dalam Islam itu BERDALIL. Baru kita boleh jadi pengamal Sunnah yang kuat. Mari kita contohi kata-kata Imam Besar mazhab yang sangat kuat berpegang pada prinsip DALIL DALAM SEMUA PERKARA.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam ahmad bin Hambal berkata :(mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Asy-Syafi’i, beliau berkata:(mazhab syafie)
“Setiap masalah yang jika di dalamnya terdapat hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam menurut para pakar hadits, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Hilyah 9/107, Al-Harawi, 47/1)

Setelah kita teliti kata-kata semua Imam Mazhab yang agung ini, ia seperti selari dengan apa yang ingin saya sampaikan. Mari kita sama-sama ubah cara fikir masyarakat iaitu berfikir berdasarkan hujah yang tepat dan sahih lagi bersumber. Sebab itu semua hujah yang saya datangkan ada saya sertakan sumber rujukan yang detail.

“Bawalah Islam seperti asalnya, bersederhanalah dan jangan menyebabkan orang bukan Islam sudah tidak minat dengan Islam”

Wallahua’lam

sumber:http://nasrulislam.blogspot.my

error: Content is protected !!