Emma Maembong “Mengamuk” Dengan Wartawan Berkenaan Isu Hubungannya Dengan Kamal Adli

Emma Bengang Tindakan Wartawan Suka ‘UP’ Tajuk ‘MELAMPAU’ Isu Hubungannya Dengan Kamal Adli..

Bosan dengan tindakan wartawan yang sering mengajukan soalan yang sama tentang hidupnya, pelakon popular Emma Maembong luahkan rasa kecewa.

Rata-rata peminatnya sudah sedia maklum bahawa Emma dan Kamal Adli bukannya pasangan kekasih dan mereka sebenarnya bersahabat baik.

Tajuk Berita Terlampau

Namun isu ini seperti tiada noktahnya sehinggakan Emma telah meluahkan rasa kesalnya menerusi muat naik IG story terhadap tajuk berita sebuah akhbar hiburan.

“Adoii, tajuk tak payah lah nak ‘over’ sangat, boleh buat orang lain salah faham. Tak perlu kot tajuk macam ini,” katanya.

Bimbang dengan tindakan akhbar ini yang cuba mensensasikan hubungannya dengan Kamal Adli, Emma menyarankan media supaya dapat memberi fokus terhadap karier bukannya hal peribadi.
Luahan Emma ini turut mendapat perhatian dari adiknya Chacha Maembong yang berkongsikan luahan yang sama di Instagram miliknya.

Biasalah lumrah menjadi artis popular yang sentiasa mendapat lebih perhatian kerana isu sensasi kehidupan peribadi berbanding isu kejayaan mahupun pencapaian.

 

SUMBER

error: Content is protected !!