“Tak Kuasa Aku nak Tolong Orang Macam Tu…” Elyana Sound Dato’ Vida di Instagram

Penyanyi Elyana menerusi Live Video di Instagramnya mendedahkan bahawa dia tidak sesekali mencuba minum air Pamoga kerana bimbang terhadap kesannya.

Temubual DSV & Elyana Jadi Isu

Kecoh apabila penyanyi cantik, Elyana mendedahkan bahawa dia menghidapi kanser limfoma tahap ke-4 pada malam penyingkirannya dalam pertandingan Gegar Vaganza (GV).

Tidak hanya peserta GV, penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida (DSV) turut meluahkan rasa simpati kepada penyanyi Kalis Rindu itu.

Baru-baru ini kecoh mengenai video temubual penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida (DSV) bersama Elyana di Gegar Vaganza.

Dalam temubual berkenaan DSV sempat mempromosikan produknya, Pamoga yang dikatakan membantu merawat kanser daripada tahap ke-4 sehingga tahap ke-2 sebelum menanyakan penyanyi Elyana mengenai kesan penggambilan Pamoga.

Terpaksa Berbohong
Elyana akui terpaksa menipu di hadapan kamera dan terus terang dia tidak minum air tersebut.

Elyana dalam video berkenaan memberitahu bahawa pengambilan Pamoga menyebabkan dia semakin bertenaga dan sebagainya. Rata-rata mempercayai kesan Pamoga ke atas pesakit kanser, tetapi ada juga individu yang mengecam pengusaha kosmetik berkenaan kerana mengelirukan orang ramai.

“Yerlah, biasalah depan kamera, orang berbudi kita berbahasa, cuma bila orang tak berbudi tetapi tidak berbahasa (merujuk kepada DSV), maka saya terus terang tidak guna Pamoga, ada buktinya”

Elyana turut menegaskan bahawa minuman itu tidak bagus untuk pesakit kanser seperti dirinya.

“Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula..manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah try.”

4 Kali Dimalukan
Ramai yang tertanya-tanya, kenyataan Elyana tentang isu dimalukan selepas disingkirkan. Namun apa yang dijelaskan oleh Elyana, niatnya mahu menolong jutawan kosmetik itu namun sebaliknya berlaku.

Namun tambah mengejutkan apabila Elyana melalui InstaStorynya yang terkini mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengambil Pamoga sebagai makanan tambahannya dalam melawan kanser.

“Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula..manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah try.

Hari tu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas tu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti..” katanya.

“Cakaplah dah dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.

“Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu..” tambahnya lagi.

Bekas Pesakit Kanser Kecam DSV
Sebelum kecoh mengenai status seorang bekas pesakit kanser, Shamsul Ramli mempertikaikan kenyataan DSV. Dia turut berharap agar DSV tidak membuatkan orang ramai keliru.  Individu ini turut menegaskan bahawa minuman kesihatan tidak boleh menyembuhkan penyakit kanser.

Sumber : PetuaViral

error: Content is protected !!