” Diana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Pun Tak Pasti Mengapa Dia Tidak Dapat Hadir Sedangkan Farid Memerlukan Sokongan-Luahan Fadzil Zahari , Adik Farid Kamil

PETALING JAYA: Adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan abangnya mempunyai masalah mental atau mengalami tekanan perasaan.

Fadzil, 34, berkata, aktor berkenaan mengadu sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari.

“Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,” kata Fadzil kepda mStar Online. Fadzil ditemui di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat.

Fadzil menemani Farid di mahkamah pada Jumaat.

Anis, Adik Kepada Farid Kamil  berkata, Farid sudah lama menanggung tekanan perasaan dan keluarga tidak mengetahuinya kerana pelakon itu seorang yang terlalu berahsia.

Tambahnya, buat masa ini Farid memerlukan sokongan orang terdekat dan mereka ada merancang untuk membawa pelakon itu mendapatkan rawatan kaunseling.

“Tekanan itu sudah lama Farid tanggung. Dia seorang perahsia dan tidak mahu beritahu masalah yang dialami kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan sekarang ia berlanjutan hingga ke tahap ini.

“Farid bukan seperti yang dikatakan dan yang diviralkan. Apa yang orang kata tentang dia semuanya tidak benar. Buat masa sekarang dia memang sangat memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya,” ujarnya.

Farid sudah lama tidak bertemu anak-anak.

Dalam pada itu, ditanya tentang isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle, Fadzil berkata, aktres itu tidak dapat dihubungi sejak mengetahui perkara yang berlaku pada Farid.

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” katanya.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Terdahulu, Farid ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Sementara itu, ramai rakan-rakan seperjuangan memberi sokongan moral dan meminta netizen berhenti mengecam Farid Kamil.

Jangan Aibkan Farid Kamil – Azad Jazmin

PELAKON Azad Jazmin tampil menasihati netizen agar tidak terus menjadi hakim susulan kontroversi yang melanda pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil.

 “Berhenti Kecam, Farid Sedang Tertekan” – Sofi Jikan

Sofi Jikan mohon netizen tidak terus mengecam Farid Kamil.

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan memohon orang ramai tidak terus memberi tekanan kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas kejadian yang berlaku.

Sofi, 48, berkata,aktor tersebut sedang mengalami tekanan perasaan dan berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjaya sehingga bertindak luar kawalan.

“Dia seorang yang baik dan saya adalah antara orang yang rapat dengan beliau dan boleh dianggap sebagai abangnya. Dia berdepan dengan pelbagai masalah dan sedang berada dalam depresi.

“Saya sedih bila ramai yang mengecam dia dengan pelbagai tomahan sedangkan tidak tahu apa sebenarnnya terjadi, kita tidak tahu apa yang terjadi. Lebih elok tunggu dia keluar dan bagi keterangan, ” ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu, pada Khamis pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan selepas mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Beliau bagaimanapun, tiba-tiba bertukar berang dan menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’.

Farid kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Sofi menambah, aktor berkenaan juga pernah menyatakan hasrat memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang ah long.

“Farid mempunyai semangat untuk bela nasib artis dan dia sangat sensitif bila ada isu berkaitan dengan artis seperti berita ‘300 artis berhutang dengan ah long.

“Mungkin berlaku provokasi hingga dia bertindak demikian,” ujarnya.

BERITA penahanan Datuk Farid Kamil pada Khamis mengundang pertanyaan netizen yang terkejut dengan tindakan berani pelakon tersebut.

Kebanyakan pengikut di laman Instagramnya mempersoalkan tindakan pelakon filem Tombiruo itu dan tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku.

“Farid, Kenapa buat macam tu? Jagalah pangkat dan darjat,” komen borndouble7.

“Masih tak faham apa kaitan dia tunjuk 300 artis hutang dan tiba-tiba tampar polis dan orang awam tu? Boleh terangkan?,” soal afaa_zatiaku pula.
“Betul ke hang kene tangkap sebab mengamuk pukul polis. Cuba cerita sikit apa puncanya. Janganlah buat perangai ‘datuk’ ni,” kata syafiqtahrim.

Dalam pada itu, ada juga pengikut yang meminta supaya netizen tidak melemparkan tohmahan sebarangan dan mendengar penjelasan pelakon ini terlebih dahulu.

“Apa sahaja berlaku, korang terus serang. Alahai netizen, kita dengar belah pihak tu saja. Pihak ni kita tak tau apa berlaku disebalik polis tu kena tampar,” komen zanayang9694.

“Tengok komen-komen netizen kat sini, bab kecam orang memang nombor satu. Cuba doa yg baik-baik. Semoga Datuk tabah dan sabar dengan ujian ini,” tulis hafiz_jamalullail.

“Ni berlakon saja kut. Tak ada lah dia nak tampar polis pula. Korang ni sikit-sikit kecam, takde keja lain ke?,” kata azzyrahmanit.

Semalam, mStar Online melaporkan Farid ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

 

Farid dikatakan hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang Ah Long’.

Sementara itu, isterinya iaitu Datin Diana Danielle pula mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut.

Menerusi sebuah portal berita, Diana turut meminta media memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

credits : mstar

error: Content is protected !!