DIANA DANIELLE Muatnaik Status Terbaru Di IG-Menjadi Tanda Tanya Tentang Apa Yang Diluahnya!

Sekitar 8 jam yang lalu, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle telah memuatnaik status di laman Instagramnya. Melihat pada gambar tersebut, tentera perkataan ‘Balance’ tanpa apa-apa kapsyen lain.

Status terkini itu telah menimbul tanda tanya yang rata-ratanya tertanya apakah yang dimaksudkan oleh isteri kepada Datuk Farid Kamil ini.

Adakah merujuk kepada kes yang berlaku terhadap suaminya atau tiada kaitan langsung, tidak diketahui.

Pun begitu, meski tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Diana tersebut namun pengikut-pengikut Diana memberikan kata-kata semangat buatnya dan suami.

Sebelum ini, Diana menafikan dakwaan suaminya, Datuk Farid Kamil Zahari, yang ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, murung kerana dihalang berjumpa dua anak mereka.

Ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” jelasnya.

Pagi semalam, Farid Kamil telah dikenakan tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu.

www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian & Berita Harian

error: Content is protected !!