Buku Bertemu Ruas!- Teruk Dihina Sajat, Bekas Mak Nyah Ni “Basuh” Dan Buat Semua ‘Spesies’ Mereka Terpana!

KALI ini sudah bertemu buku dengan ruas nampaknya. Makin panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi!

Keberanian seorang bekas pondan menasihati dan mendoakan pengasas kecantikan, Nur Sajat agar pulang ke pangkal jalan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai netizen.

Bagaimanapun doa dan nasihat bekas ‘mak nyah’ tersebut telah dihina dan diperlekeh dengan bongkak oleh Sajat.

Sebelum ini, menerusi satu rakaman video telah memaparkan Sajat yang begitu seronok mengeluarkan kata-kata keji.

Kononnya Sajat berkata dia tidak tuju kata-kata keji itu kepada sesiapa tapi hanya mahukan populariti semata untuk menjual produknya.

Namun jika diperhati daripada setiap bibit kata-kata itu jelas sekali ia ditujukan kepada bekas pondan yang mendoakannya.

Terbaharu, bekas pondan tersebut, Jefferi dilihat tidak duduk diam.

Malah telah tampil membalas hinaan Sajat itu menerusi sebuah rakaman video dengan memberi nasihat yang boleh membuat semua ‘spesies’ mereka terpana!

“Mudah-mudahan kawan-kawan saya yang kembali ke pangkal jalan. Dia marah kalau saya cakap balik ke pangkal jalan.

“Dia tak nak balik. Dia nak sesat macam kambing sesat dalam hutan,” katanya dengan nada sindir.

Video berdurasi kurang daripada lima minit tersebut menerima reaksi netizen yang pelbagai.

Di mana rata-rata antara mereka menyokong nasihat bekas ‘nyah’ itu dan teruk menghentam Sajat.

Fuhhh…panas juga ayat Cikgu Jeffri ni ya.  Agaknya apa komen Sajat lepas ni? Sama-sama kita nantikan. Stay tuned! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

error: Content is protected !!