Bukan Setakat Menjaga Keamanan Negara, Apa yang Abang Askar Ini Buat Di Dalam Hutan Cukup Mengujakan Kerana…..

Jika selama ini kita hanya boleh bayangkan abang-abang askar selalu menjalani latihan ketenteraan dengan penuh disiplin namun kali ini anda pasti tidak akan sangka dengan penampilan hebat lima orang anggota tentera dari Indonesia ini.

Kelima-lima mereka dengan penuh keyakinan menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian malah ada yang mempunyai kemahiran beatbox hingga rap. Suara pun boleh tahan merdu dan mengkagumkan.

Aksi ini dirakam dalam tempoh 2 minit untuk 2 video di dalam Instagram. Video tersebut telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Komando Daerah II/Sriwijaya, @penerangan_kodam2sriwijaya . Dalam video itu terlihat mereka melakukan persembahan ketika waktu rehat sambil bersantai.

Untuk mengisi waktu selama beristirahat, 5 anggota tentera ini dari Komando Daerah II/Sriwijaya tersebut kemudian mencuba menghiburkan dan memeriahkan suasana dengan bernyanyi bersama.

Video ini mendapat pujian netizen dan membuktikan bahawa bakat luar biasa tidak mengira apa jenis bidang sekalipun.

sumber: IG penerangan_kodam2sriwijaya