Bukan Sekadar Cantik, Tetapi 5 Wanita Ini Buktikan Kecantikan Itu Bukan Terletak Pada Rupa Semata-mata

Apakah makna wanita cantik menurut persepsi anda? Adakah mereka yang memiliki tubuh badan langsing atau kulit putih mulus? Jika ya, mungkin anda harus melihat 5 wanita di bawah ini yang boleh mengubah stereotaip tersebut.

Dengan keunikan dan keaslian yang tersendiri, wanita-wanita yang bekerjaya sebagai model ini membuktikan bahawa sesiapa sahaja berhak digelar cantik.
#1.  Chantelle Brown-Young

#2. Viktoria Modesta

Kehilangan salah satu kaki akibat kecuaian doktor sewaktu dia dilahirkan tidak mematahkan semangat untuk terus menyinar. Walaupun lebih dari 15 kali menjalani pembedahan tulang, ia tetap tidak membuatkan hasil.
#3. Carmen Dell’Orefice

Walaupun telah berusia 84 tahun, namun dia tetap yakin bahawa umur dan kecantikan tiada batasnya. Sehingga kini, Carmen masih lagi aktif dalam dunia peragaan dan kerap muncul di majalah-majalah tempatan.
#4. Jamie Brewer

Jamie mengukir sejarah apabila menjadi model sindrom down pertama dalam dunia peragaan. Populariti dia semakin memuncak selepas membintangi drama siri televisyen, American Horror Story.
#5. Lolita

Model cantik berkulit gelap ini mendapat jolokan sebagai ‘Black Hannah Montana’. Sewaktu kecil dia kerap diejek oleh rakan-rakan kerana warna kulitnya itu namun siapa sangka sekarang dia menjadi model kelas dunia.

Namun, kecantikan bukanlah pada luaran semata-mata sebaliknya apa yang penting adalah kecantikan akhlak dan tingkah laku kita. Barulah semua orang selesa dengan kita.

Sumber Taiko

error: Content is protected !!