Budak 10 Tahun Hadiahkan iPhone X Pada Kekasihnya Seorang Model Cantik Pada Hari Krismas.Bagaimana Dia “Tackle” Awek Cantik Macam Tu?

Siapa sangka seorang budak lelaki berusia 10 tahun mempunyai kekasih hati seorang model yang cantik menawan dan mampu menarik perhatian semua lelaki yang melihatnya pada pandangan yang pertama. Wanita yang memilik wajah dan kulit yang sangat cantik itu dipercayai sedang bercinta dengan budak lelaki ini yang berkaca mata.

Pada cuti Krimas yang lalu, budak lelaki yang berasal dari Thailand itu dilaporkan telah menghabiskan masa cutinya bersama wanita yang dia sayangi di sebuah pusat membeli belah. Mereka dilihat seperti merpati dua sejoli sambil bermesraan di khalayak ramai.

Walau bagaimanapun, perkara ini amat mengejutkan ramai netizen apabila mendapat tahu yang budak tersebut berusia 10 tahun sedangkan kekasihnya itu seorang model cantik dan popular lebih berusia daripadanya dan perempuan itu juga dipercayai seorang DJ.

Menerusi gambar yang tersebar itu, Nantapong dilihat telah menghadiahkan kepada kekasihnya sebuah iPhone X dan perkara ini telah mengejutkan orang ramai selepas melihat perkongsian gambar melalui Facebook milik Nantapong sendiri.

 

“Hari ini saya bawa kekasih saya tengok movie. Oleh kerana dia seorang gadis cantik dan comel, saya hadiahkan padanya sebuah iPhone X yang berharga 47,000 Baht (RM5,800),” kata budak tersebut melalui postingnya di Facebook.

“Telefon bimbit tersebut adalah sebagai ganjaran untuk percintaan kami,” katanya lagi.

Di Facebook milik Nantapong, beberapa gambar yang rata-rata daripadanya memaparkan gambar kenangan antara dia dan kekasih hatinya itu dan semua rakan Facebooknya dilihat begitu memuji beliau kerana memiliki seorang kekasih hati yang sangat cantik jelita.

Malahan, salah satu gambar tersebut menunjukkan Nantapong turut bergambar dengan kekasihnya itu iaitu gambar tangan yang berbentuk hati. Ini membuktikan bahawa mereka sememangnya sedang hangat bercinta dan berkasih sayang.

Hadiah Krismas Nantapong sehingga kini tersebar dengan puluhan ribu perkongsian dan turut menarik perhatian ramai netizen kerana keunikan cinta Nantapong yang berusia 10 tahun itu. Menurut satu laporan, netizen turut berjaya mengesan identiti model wanita tersebut yang merupakan seorang model yang popular di Bangkok, Thailand.

Walau bagaimanapun, seperti biasa apabila sesuatu kisah jadi tular, netizen pasti mempunyai pendapat masing-masing dan Nantapong turut mendapat komen dan kecaman dari mereka.

Ada yang mengatakan bahawa Nantapong berjaya memiliki model cantik itu kerana dia memiliki wang bukannya atas dasar cinta semata-mata sebaliknya kerana duit adalah segala-galanya.

Macam mana budak lelaki yang berumur 10 tahun boleh tackle perempuan secantik model tu dan siap keluar dating tengok wayang. WOW!

error: Content is protected !!