‘Buat benda haram, jangan ajak orang lain buat sama’ – Imam Muda Fakhrul tegur golongan taksub Panama Dance

kredit gambar :https://www.adamhawa.my/archives/3186

Panama Dance Challenge semakin menjadi-jadi sehingga merebak ke agensi kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia dilihat tidak wajar dilakukan, namun ada pula yang menggalakkannya.. Keseronokan menari Panama Dance beramai-ramai, kemudian dirakam dan dimuat naik di media sosial untuk tatapan netizen. Tanpa sedar telah menyebarkan aurat sendiri.

Selain isu aurat, secara tidak langsung imej sebagai penjawat awam juga tercalar. Seronok menari dan viral di media sosial untuk beberapa hari sahaja, namun persespi negatif netizen terhadap penjawat awam bertahun-tahun lamanya.

Bukan tidak dibenarkan untuk menari, tetapi biarlah berada di tempat yang tertutup dan sesama jenis dan niatnya untuk bersenam. Bukannya lelaki bercampur dengan perempuan, kemudian menari beramai-ramai dengan niat mahu menunjuk diri itu pandai menari Panama Dance yang akhirnya perbuatan itu memakan diri.

Seperti yang diulas oleh Imam Muda Fakhrul, menari ini ada banyak hukumnya dan lapangkanlah dada anda untuk menerima teguran ini. Semoga bermanfaat.

>ADA orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama Dance katanya. Sambil bertanya hukum. Tepuk dahi juga saya melihatnya.

Saya kata, menari ini banyak hukum iaitu wajib, harus dan haram.

 

  1. Wajib kalau suami suruh, seronok dapat, pahala pun dapat.
  2. Harus kalau seorang-seorang atau bersama-sama dengan kawan-kawan sejenis atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
  3. Haram kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai.

Orang kata pula, “Haram tang mana pulak ustaz oii!!”

Oit, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain itu tak jelas ke haramnya? Perlu dalil Quran Hadith ke?

“Alaaahhh! Nak seronok lepas stress sikit pun tak boleh!”

Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress di sana. Lagi satu, janganlah buat kapsyen seperti:

“Kami sudah berpanama dance beramai-ramai ni. Korang bila lagi?”

ita buat benda haram, jangan ajak orang lain buat bersama. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama.

Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudah. Sempena Hari Wanita ini, rasa nak berpanama dance saja dengan isteri terchenta!
strong>Sumber: Imam Muda Fakhrul

‘Buat Panama Dance Challenge untuk bersenam katanya, tanpa sedar sebar aib sendiri dan orang lain’ – Terimalah teguran lelaki ini sebelum page² besar viralkan video korang

“Berhenti upload dan share video wanita berjoget tarian Panama Dance,” demikian nasihat dari pelukis Abeben’s Artworks yang menegur trend terkini netizen yang terpengaruh dengan lagu tersebut.

Benar apa yang dikata, trend muat naik video yang menunjukkan diri mereka menari dengan latar belakang muzik berkenaan semakin galak dimuat naik sehingga hilangnya rasa malu dan segan bila aurat, aksi-aksi yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Baca dan hadam nasihat pelukis ini, semoga bermanfaat.

KEBELAKANGAN ini dah ada satu trend di media sosial di mana ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita yang berpakaian ketat, menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan yang mana tidak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.

Ya, mungkin ada sesetengah itu nak gunakan sebagai rujukan untuk buat senam robik di dalam bilik sendiri. Namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.

Kemudian, yang mana yang nak buat tarian itu pula janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah, jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.

Kadang-kadang sedih juga melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan sehingga terlupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat dan sebagainya. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai merakam perbuatan masing-masing untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.

Bagi yang dah terakam atau termuat naik video Panama Challenge korang yang di dalam video itu ada wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah perlahan-lahan membuat video tersebut dari akaun Facebook masing-masing sebelum page-page viral yang mempunyai ramai likers di Malaysia ini repost video korang.

Sebaik saja page-page besar ini dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. Jadi adalah lebih baik bertindak awal, buang awal-awal dari akaun media sosial korang.

Dan yang mana ada perancangan nak buat Panama Challenge di pejabat, tempat kerja, sekolah atau kelas masing-masing, batalkan niat tersebut. Nak bersenam boleh, cuma perlu jaga batas. Yang perempuan, buat secara tertutup tanpa bercampur dengan lelaki dan jangan rakam, jangan muat naik dan sebar di media sosial.

Semoga Allah membimbing kita semua dalam menempuh dugaan dan godaan hiburan melampau zaman sekarang. Insya-Allah.

Sumber: Abeben’s Artworks

error: Content is protected !!