Biar Betul???? Pakai Sport Bra, Pemain Bola Sepak Lelaki Malaysia Jadi Perhatian

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menumpaskan pasukan lawan, Indonesia seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir – 22 Ogos 2017.

Namun disebalik kejayaan pasukan Malaysia, terdapat sesuatu yang menarik perhatian ramai malah turut tular di media sosial apabila seorang daripada pemain Malaysia telah membuka baju dan menampakkan sport bra yang telah dipakainya.

Video tersebut dirakam oleh seorang pengguna Twitter, @yiyieeen dan telah dikongsi hampir 8 ribu pengguna di Twitter

Lazimnya sport bra ini dipakai oleh golongan wanita dan ianya adalah sesuatu yang agak unik untuk melihat lelaki memakainya.

Tapi, tahukah anda bahawa ini merupakan trend sekarang yang dipakai oleh kebanyakan atlet terutamanya pemain bola.

Ianya berfungsi untuk mengesan tahap kelajuan dan jarak seseorang atlet kerana sport bra tersebut mempunyai GPS Tracker. Canggih bukan?

 

Jadi selepas ini jangan pelik kalau anda tengok lelaki memakai sport bra ya.

Sumber Quartz Media