Biadab! Video Remix Laungan Azan Di Kelab Malam Jadi Viral

Pihak berkuasa di Tunisia telah menutup dan menyiasat sebuah kelab malam yang kini menjadi tumpuan orang ramai.Kelab malam itu telah menampilkan seorang Deejay yang memainkan lagu remix laungan azan yang dijadikan sebahagian daripada acara hiburan.

Video penampilan dua DJ berasal Eropah di kelab wilayah timur kota Nabeul ini lantas dimuat turun oleh Orbit Festival sejak hari ahad yang lalu. Rakaman itu telah menjadi viral di media sosial dan dihujani kecaman dari netizen yang berang.

Gubernur Nabeul, Mnaouar Ouertani dalam kenyataannya,

Selepas mengetahui hal ini, kami memutuskan untuk menutup kelab malam itu sehingga habis siasatan,

Sementara itu pihak Orbit Festival telah memadamkan videa yang telah di muat turun dan mengeluarkan permohonan maaf melalui Facebook rasminya.

“DJ kami tidak tahu jika musik remix itu boleh mengundang kemarahan para pendengar di negara Muslim seperti di sini,” tulisnya.

sumber:www.hangat.com