Barisan pemain dan jurulatih JDT hadiahkan TMJ Aston Martin Vantage n430.

Barisan pemain dan jurulatih JDT hadiahkan TMJ Aston Martin Vantage n430.

DYAM Tunku Mahkota Johor atau TMJ sememangnya terkenal sebagai sultan yang berwibawa dan merupakan Presiden FAM iaitu persatuan bola sepak Malaysia . Selain itu DYAM Tunku Mahkota Johor juga merupakan pemilik kepada kelab Johor Darul Ta’zim F.C. ataupun lebih dikenali dengan JDT . TMJ sememangnya popular sebagai peminat dan pengumpul kereta mewah exotic seperti Pagani Huayra dan 2 biji kereta Ferrari LAFerrari (1 Aperta Convertible ) , dan Mclaren P1. kereta tersebut bernilai jutaan ringgit termasuk cukai.

 

Pagani Huayra TMJ

Laferrari milik TMJ

Laferrari Aperta TMJ (Convertible Laferrari)

Mclaren P1 TMJ

Jika sebelum ini telah viral bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor ingin menghadiahkan sebuah kereta mewah Audi kepada pemainnya, kali ini viral pula bahawa pemain JDT dan jurulatih telah berpakat untuk menghadiahkan sebuah kereta sport mewah kepada baginda. Kereta tersebut adalah kereta Aston Martin Vantage N430 2 pintu yang bernilai lebih dari sejuta ringgit.

Hadiah tersebut adalah diberikan kepada TMJ sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim. Mungkin pemain dan barisan jurulatih JDT memilih kereta mewah tersebut kerana TMJ sememangnya popular dengan koleksi kereta mewah berkuasa tingginya . Syabas dan tahniah kepada TMJ.

 

Laporan penuh dari page Johor Southern Tiger.

HADIAH DARI PEMAIN-PEMAIN DAN BARISAN KEJURULATIHAN JDT

Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru). Allah Peliharakan Sultan.

*******

 

A SURPRISE FROM THE JDT PLAYERS AND COACHING STAFF

In conjunction with the success of winning the tenth trophy, Johor Darul Ta’zim players and coaching staff surprised HRH The Crown Prince of Johor with a custom Aston Martin with a JOHOR concept (red and blue). Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

sumber : alerttvmalaysia

error: Content is protected !!