Atas Dasar Peminat Datuk Farid Kamil,Peguam Ini Sanggup Mewakili Datuk Farid Kamil Jika Tiada Peguam!Salute!

Ini adalah status FB yang dikongsikan oleh seorang peguam bernama , Encik Hayat Muhamad

“Sekiranya tak ada peguam yang mewakili Datuk Farid Kamil, saya sedia membantu atas dasar saya ni peminat Datuk.

Setiap manusia melakukan kesilapan. Ada waktu manusia hilang pertimbangan, tersalah langkah dan memilih jalan yang salah.

Mahkamah mempunyai pertimbangan.

Percayalah. Mahkamah tak sekejam yang kita sangka. Mahkamah boleh untuk mempertimbangkan dan melihat sebab- sebab terjadinya sesuatu kesalahan.

Sekiranya rayuan pengurangan hukuman dilakukan dengan baik di hadapan Mahkamah, saya percaya mahkamah boleh mengenakan satu perintah hukuman yang ringan.

Kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, iaitu penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan di bawah Seksyen 90 Akta Polis boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua- dua.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum dengan penjara selama 2 Tahun atau denda maksima RM5000 atau kedua- duanya.

Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dihukum dengan penjara setahun atau denda maksima RM2000 atau keduanya.

Melihat kepada kesemua kesalahan, saya percaya mahkamah boleh untuk mempertimbangkan hukuman denda sahaja kepada Datuk Farid Kamil.

Datuk masih muda, mempunyai bakat dan potensi yang besar dalam lakonan. Saya doakan Datuk semoga kes- kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Saya berdoa semoga Datuk bersabar.”

– Dari peminat Datuk.

Salute & Respect Kepada Peguam Ini.

sumber: FB Hayat Muhamad

error: Content is protected !!