Astaghfirullahhal’azim!Bila Fitnah Itu Mudah, Dia Baru Pulang Dari Tanah Suci .. Ini Kenyataan Dari Ustaz Syamsul Debat

Astaghfirullahhal’azim!Bila Fitnah Itu Mudah, Dia Baru Pulang Dari Tanah Suci .. Ini Kenyataan Dari Ustaz Syamsul Debat

“Saya baru balik umrah semalam dan terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan ada laporan polis mendakwa saya mempunyai skandal dengan isteri orang,” kata penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Syamsul Amri, 41, berkata, tuduhan itu tidak benar malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis terbabit.

Katanya, setakat ini polis juga masih belum memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung perkara itu tetapi ia tiada masalah untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya menafikan tuduhan itu. Saya sendiri tidak tahu laporan mengenai apa, motif laporan itu dibuat dan tidak tahu juga sama ada laporan itu bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya.

“Saya tidak terfikir ada orang berdendam kerana setiap hari saya berinteraksi dengan ramai orang dan banyak mengadakan ceramah,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Seremban, hari ini.

Beliau yang tiba bersama peguam Datuk T Anandan kelihatan tenang pada sidang media kira-kira 10 minit itu berikutan perlu berkejar ke Kuala Terengganu untuk program jam 9 malam ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas yang mempunyai skandal dengan isteri orang yang dibuat seorang lelaki di Johor Bahru kelmarin.

Pengadu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya berusia 39 tahun yang tinggal di Johor Bahru melalui laman Facebook sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat dan berhubung melalui telefon.

Lelaki itu turut mengadu pada hujung Disember lalu, mereka didakwa bertemu di sebuah hotel di Seremban sebelum penceramah berkenaan dikatakan meminta wanita itu melakukan seks oral dan memberinya sejumlah wang.

Mengulas lanjut Syamsul Amri turut kecewa dengan tindakan media yang melaporkan mengenai perkara itu dengan profil lengkap dirinya, seolah-olah dia terbukti terbabit.

Justeru, beliau memberi tempoh 24 jam kepada media terbabit untuk membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

“Laporan itu jelas tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga terutama ibu yang agak terkesan dengan berita itu. Saya berharap kenyataan ini dapat membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.

Syamsul Amri berkata, meskipun terpalit dengan perkara itu, dia masih menjalankan aktiviti berceramah seperti biasa bagi memenuhi undangan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada penceramah bebas itu dalam tempoh terdekat.

RAKAMAN TEMUBUAL USTAZ SYAMSUL DEBAT

SUMBER : HMETRO ONLINE

error: Content is protected !!