Apa sudah jadi Rahmat MEGA? Keropok Lekor pun dikejukan…

RAMAI mengakui badai ekonomi yang melanda tika ini sedikt sebanyak memberi kesan kepada penggiat seni tempatan. lalu masing-masing nekad untuk mencari punca pendapatan kedua. Dan salah seorang antara mereka ialah Rahmad Mega yang kini rancak menjalankan perniagaan keropok lekor milikny

Bekas vokalis kumpulan Mega sibuk menjalankan perniagaaan keropok lekor pelbagai perisa, termasuk kari dan keju.

Rahmad Tohak, 48, menjamin keaslian dan keenakannya kerana ia dikeluarkan di kilang di Dungun sejak dua tahun lalu, lapor Utusan Online.

“Bawah jenama Premier Leko, terdapat beberapa variasi perisa dihasilkan iaitu asli, kari, keju, lada hitam dan tandori,” kata finalis Gegar Vaganza itu.

“Jadi, saya berani jamin akan keaslian dan keenakan rasanya kerana warga tempatan yang menghasilkannya.”

Rahmad mengusahakan bisnesnya di The Place, Damansara Perdana dekat sini. Bekalan boleh dibeli runcit atau pukal, tambahnya yang masih aktif menyanyi.

Sumber:Utusan Online & Mstar