‘Apa Kejadah Nak Bawak Motor Mengadap Aku,Syaiiitoooooooooooooonnnnnnnn ’- Risau Keselamatan Ozlynn & Kandungan, Ini Yang Johan Lakukan

Sebelum ini Ozlynn Sahkan Hamil Anak Kelima

Tahniah diucapkan kepada Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima selepas isteri disahkan hamil. Jelasnya kandungan itu sudah berusia lima bulan dan hanya menyedarinya ketika menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017

Image result for johan dan ozlyn 2017

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018″

Kalau masih ingat baru-baru ini juga memang ada video Ozlynn yang dikongsikan di media sosial, menampakkan baby bump serta beberapa insiden Johan tersasul bercakap mengenainya. Rupanya Ozlynn merahsiakan dulu bagi memastikan kandungan betul-betul stabil.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” katanya kepada Astro Awani.

Apapun tahniah sekali lagi buat pasangan ini, makin meriahlah keluarga Johan nanti. Semoga Ozlyn juga diberikan kesihatan yang baik selama membawa kandungan bayi. Nanti kongsi-kongsilah jantina bayi comel itu!

Seorang suami yang bertanggungjawab, mereka akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan isteri tercinta lebih-lebih lagi ketika sedang mengandung. Hal ini bertujuaan untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada si ibu mahupun bayi di dalam kandungan.

Itulah yang dilakukan oleh Johan Raja Lawak ketika membawa isterinya, Ozlynn menaiki motosikal. Ozlynn menerusi Instagramnya memberitahu Johan terlalu risau akan dirinya ketika menaiki motosikal sehingga kerap kali harus memandang Ozlynn menerusi cermin pandang belakang.

Iyeeee tau ko syg aku paaaa. Iyeee aku tau ko nak pastikan aku selamat atas motor. Iyeee tau ko nak tgk masa ko bwk motor tu aku ok.. baby dlm perut ok.. tp kalau mcm nih punya cara ko syg aku n nak bwk aku… xpe la paaa aku sanggup naik uber apa kejadah ko nak bwk motor naik ngadap aku syaiiitoooooooooooooonnnnnnnn dia nih slalu sakat aku ar.. kdg pakaikan aku helmet terbalik.. dh separuh jalan baru dia bgtau helmet aku terbalik. nakalllll namateeeyyyyy ko nih pa.. haish nasib aku syg ko tau!! Kalau x aku dh pelakong pale ko ngan helmet apollo tuh…


“Tiada Siapa Berani Dekati Suami Saya”
Biarpun saban hari kita mendengar ada sahaja pergolakan rumah tangga selebriti melibatkan pihak ketiga, namun bagi Ozlynn, beliau bersyukur perkahwinannya bersama Johan Rajalawak selama lapan tahun tidak pernah menghadapi dugaan seumpama itu. Lebih mengukuhkan lagi kepercayaannya kerana Johan lebih gemar berada di rumah melayan anak-anak.

Image result for johan dan ozlyn 2017

“Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun. Cubalah kalau berani. Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni”

“Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah. Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah,” jelasnya kepada m Star Online.

Sementara itu, Johan pula berkata, sejak berkahwin beliau sentiasa mengingatkan dirinya yang sentiasa membawa maruah isterinya bersama setiap kali keluar dari rumah. Jadi tidak pernah sedetik pun Johan terfikir untuk mencari wanita lain di luar kerana keluargalah keutamaannya.

Kalau masih ingat ketika kontroversi hangat melanda rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ini, ramai juga selebriti memuat naik kenyataan seakan memberi amaran kepada wanita diluar sana supaya tidak menganggu suami mereka. Kami percaya pasti ramai selebriti mengambil langkah berjaga-jaga selepas kejadian itu.

Sumber: Jozlynnhanania via ohbulan.com

error: Content is protected !!