Anak Tiri Siti Nurhaliza Yang Sedang Hangat Bercinta

ika sebelum ini ramai peminat yang hanya mengenali Adib Khalid anak Datuk K.Baru -baru ini Adib telah pun selamat bergelar seorang suami kepada pelakon popular tanah air Izara Aishah.

Namu ramai yang tidak tahu Datuk K juga memiliki seorang lagi anak lelaki yang bernama Aazief Khalid yang baru berumur 19 tahun.Baru baru ini Aazief dirakam kelihatan manja dengan teman wanitanya Tyra Kamaruzzaman yang berumur 18 tahun.Nampak manis orangnya Tyra ni..

Rata-rata peminat Datuk Seri Siti Nurhalizapasti mengenali anak-anak tirinya bersama Dato’ Sri Khalid bin MohamadJiwa (atau juga dikenali sebagai Datuk K).

Dari Kiri: Tyra Kamuruzaman ( Kekasih Azief), Tya Ariffin (Isteri Asyraf Khalid), Izara Aishah (Isteri Adib Khalid)

Sebelum pernikahan bersama Siti, beliau berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 1990 namun bercerai pada 2004. Mereka memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

Muhd Anas Zawawi merupakan ahli perniagaan dan telah bernikah dengan Nasha Alyssa iaitu anak kepada Dato’ Sri Hishamudin Tun Hussein. Manakala Adib adalah CEO Tune Music, yang merupakan anak syarikat Tune Group. Adib merupakan rakan kongsi Tan Sri Tony Fernandes & Dato Sri Kamarudin Meranun.

Asyraf pula adalah Presiden Generasi Bersatu Malaysia dan pengarah eksekutif SimplySiti. Aazief pula masih belajar di Universiti.

Aazief Khalid Penuntut Universiti di Oxford

Muhammad Aazief atau Aazief Khalid juga mempunyai auranya sendiri dari penampilan sehinggalah pencapaiannya. Menurut salah satu kenyataan Siti dalam Instagramnya, Azief kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti terkenal di dunia, iaitu Oxford Brookes University.

Wajah Tak Sama 
Akan tetapi, Aazief memiliki tipikal wajah yang berbeza dari Anas, Adib, mahupun Asyraf. Ketampanan Aazief juga telah memikat hati gadis cantik yang selalu dipamerkan dalam akaun instagramnya.

Menariknya lagi hubungan Aazief dan adik-beradiknya yang lain dengan Siti sangat akrab seolah-olah mereka sudah seperti sahabat dan teman dekat.

Kekasih

Tak mahu kalah dari ketiga-tiga abangnya, Aazief juga sering memuatnai foto mesranya dengan kekasih yang dikatakan seorang model tempatan. Yang pastinya kejellyaan gadis ini buat ramai orang akan iri hati.

Dilihat dari kapsyen yang dituliskan, nampaknya Aazief juga siap untuk meminang kekasihnya. Jom lihat gambar mesra Azief dan kekasih hatinya Tyra Kamaruzaman.

Ramai netizen yang tertanya-tanya siapa Tyra ni sebenarnya kerana agak popular di Instagramnya.Ada beberapa artis yang yang meninggalkan komen di akaun Instanya termasuk Izara dan Kilafairy membuatkan netizen agak hairan.

Namun persoalan itu kini terlerai.Rupa rupanya Tyra adalah bakal menantu bongsu kepada Dato Siti Nurhaliza.Gelagat Aazief dan Tyra dilihat begeitu mesra dan nampak mereka sedang berada dalam alam ia orang sendiri.Maklumlah orang tengah syahdu dilamun asmara kan..

Apa apa pun jika benar mereka sedang cuba membina cinta, semoga perhubungan mereka diberkati dan kekal bahagia hendaknya.

Hangat.com difahamkan Tyra kini berusia 18 tahun setahun lebih muda dari Aazief iaitu kini berusia 19 tahun. Tapi yang penting mereka betul nampak sepadan. Setuju tak?

Sumber dari hangat.com

error: Content is protected !!