Alhamdulillah ,Sejuk Hati!! Saksikan Video “Duet” “Botak Juvana ” -Johan As’ari Dengan Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam Ini!

SIAPA yang tidak kenal dengan nama Johan As’ari? Sebut sahaja nama dia, mesti ramai yang membayangkan watak Botak yang dibawanya dalam filem Juvana.

Jika anda salah seorang followers Instagramnya, pasti anda tahu Johan selalu memuat naik video dia bermain gitar dan video mengajinya.

Menurutnya, dia tidak segan untuk berkongsi video mengaji Al-Quran itu bersama pegikutnya disamping dapat menarik minat gologan muda di luar sana untuk melakukan aktiviti sama.

Johan As’ari ,Bukan Setakat “Duet” Menari Dengan Iqram , Kali Ni “Duet” Mengaji Bersama Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam.

“Saya suka, malah sudah biasa mengaji sejak sekian lama.

“Saya juga suka berkongsi bacaan al-Quran dengan semua orang kerana pahala mereka yang mendengar sama saja dengan pahala orang yang membacanya.

“Pada masa sama, saya tidak berasa adanya halangan untuk berkongsi kerana kesalahan yang tidak disengajakan dalam bacaan adalah dosa kecil,” katanya memetik laporan BH Online.

Meskipun mengakui kadang kala wujud kesilapan kecil dari segi bacaannya, dia turut menasihati peminatnya yang beragama Islam supaya bersama-sama mengaji kerana dapat menenangkan hati.

“Rajin-rajinlah mengaji al-Quran agar hati sentiasa tenang. Hati yang tenang pula memudahkan kita untuk melepaskan segala perkara keduniaan yang bersifat sementara,” tambahnya.

Johan yang popular dengan hashtag #niatbelajar di hampir setiap postingnya turut menyeru masyarakat supaya kuatkan hati dengan agama meskipun kita hidup dalam zaman moden.

Menyentuh mengenai kariernya pula, Johan bakal tampil dalam filem Tujuh, arahan Raja Mukhriz yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Terbaru Johan “berduet” Mangaji Dengan Imam Besar Masjid Shah Alam.

Masyaallah , mengalir air mata mendengranya.

Semoga usaha Johan menggalakkan peminat-peminatnya membaca AL-Quran mendapat ganjaran dari Allah dan Diberkati.

Sumber:mynewshubb, Sya A.

 

error: Content is protected !!