Biar Betul !!! – “Ala Mummy Malas Nak Pakai Tudung”- Jawab Che Ta Kepada Aaisyah. Kenapa macam tu???

Cepat masa berlalu, semakin membesar anak Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana. Ya Allah jika dilihat koleksi gambar terkini Aaisyah Dhia Rana ini memang geram dibuatnya rasa nak-nak je cubit pipi tu ha. Memang sangat comel dengan kulit putih melepaknya membuatkan semua yang melihat merasa geram.

Apa yang pasti, bukan penulis sahaja yang geram melihat kecomelan dan telatah si Aaisyah ni, malah ramai peminat yang turut sama merasai situasi tersebut. Untung si Rozita Che Wan ni, dikurniakan anak secomel Aaisyah! Pandai beraksi pulak tu bila di hadapan kamera, mengalahkan model.

Terbaru menerusi IG rasmi aaisyahdhiarana111, terdapat perbualan Aaisyah antara ibunya dimana Aaisyah mengajak mummynya bergambar tanpa memakai tudung. Namun setelah Che Ta menerangkan mummy tak boleh bergambar tak pakai tudung , Aaisyah memahaminya dan menyuruh mummy memakai tudung.

Bijaknya Aaisyah.

Nak ambik gambaq dgn mummy 😂💋 . #aaisyahdhiarana #november2017

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

sumber : aaisyahdhiarana111