Akhirnya Iqram Dinzly Bersama Johan As’ari Jumpa Mufti! Mereka Dapat Pula “Habuan” Istimewa Daripada Mufti..Tak Sangka……..

Iqram Dinzly, Johan As’ari Jumpa Mufti, Dapat Hadiah Arnab

Golongan alim ulama adalah pihak yang dipandang tinggi masyarakat kerana ilmu mereka.  Mereka perlu sentiasa bijak menangani permasalahan bagi mengelakkan orang kebanyakan merasa terlalu ‘jauh’ daripada mereka.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui Facebooknya berkongsi pengalaman menerima kunjungan dua pelakon, Iqram Dinzly dan Johan As’ari semalam.

Sesi taaruf dengan Iqram, Johan

Dalam post laman sosialnya itu, Dr. Zulkifli bersyukur kerana dilawati Johan dan Iqram di rumahnya pada petang Sabtu. Katanya dia mendengar permasalahan dan dan isu yang melanda kedua-dua mereka sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya lagi, beliau menganggap pertemuan itu adalah sesi suaikenal atau taaruf antara mereka. Mereka berharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua pelakon berkenaan.

Yakin ada cahaya di hujung terowong

Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat.

Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut. Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT.

Iqram, Johan dapat hadiah

Dalam pertemuan itu juga, Dr. Zulkifli bermurah hati menghadiahkan kedua-dua mereka buku, jubah, kopiah dan 2 ekor arnab.

Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan. Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganyya.

Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri via Oh Bulan

 

error: Content is protected !!