Mentaliti masyarakat yang membimbangkan.Ini SERIUS!!

Mentaliti masyarakat yang membimbangkan.Ini SERIUS!!

Jika kita lihat Little Big Shots: mencungkil bakat2. Orang putih punya Show. Ada tujuan dan makna.

Tapi hiburan di Malaysia, bukan cungkil bakat.
Cungkil perkara yang MEREPEK! Malu…

Cth: Viral Awek Cendol? Terer tiru suara Sajat? Apa ni? Dah tak ada isu penting dalam hidup kita sebagai orang Islam?

Kenduri kahwin menari Lagu Panama?
Tepuk dahi saya tengok.

Belum masuk lagi lambakan segala jenis Rancangan lawak2.. Semua ini tak membina jati diri anak-anak. Tak siapkan anak kita sebagai seorang Khalifah yang akan pimpin Negara satu nanti.

Dan lambakan Kosmetik yang diceburi oleh orang lelaki. Penjual tak apa lagi. MUA itu yang tak boleh terima.
Buat live makeup muka sendiri BAGI LELAKI, kemudian di sokong dan beli produk orang begitu bermakna anda merasakan lelaki menyerupai PeRempuan itu Normal. Nauzubillah min zalik..

Apa tujuan semua ini?
Lambakan Hiburan yang tidak membangun.Tolonglah Tapis!

Ingat kata2 ni..
Jika kita nak lihat masa depan negara,lihatlah para remajanya.

Diharapkan anak- anak Remaja kita dibekalkan dengan Ilmu, Amal dan Iman.

Kembalilah cara Hidup Islam.
Berpandukan Alquran Dan Sunnah.

Kalau bukan kita, SIAPA?

Sori noo kena boh helmet atas kepala adik ni..

TAK tahu lah apa keadaan dan ujian di zaman anak2 saya nanti, padanlah Nabi Saw sebut antara tanda penyakit umat2 terdahulu adalah Penyakit yg terlalu banyak berseronok. Moga Allah memelihara generasi kita seterusnya dr didikan sampah yg menyampahkan.

Kredit to Hasanah Muhsin

Kompleks Dakwah Darul Murtadha

Salah faham hiburan dalam Islam

ANTARA salah faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam adalah mereka perlu meninggalkan banyak perkara termasuk hiburan dan media seni apabila memeluk Islam. Hasil momokan media Barat, mereka melihat Islam sebagai agama yang ekstrem. Antara yang ditonjolkan ialah pemerintahan Islam ala-Taliban di Afghanistan suatu ketika dahulu.

Banyak lagi keburukan yang ditonjolkan dan tuduhan yang dilemparkan untuk menimbulkan kebencian serta kekeliruan terhadap Islam. Natijahnya, ramai yang beranggapan hiburan itu haram secara total dalam Islam. Malah, ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang beranggapan sedemikian. Mereka menganggap hiburan dan Islam tidak serasi kerana wujud kontradiksi.

Kemungkinan pandangan yang mengatakan hiburan itu haram menggunakan kaedah Sadd ad-Dharai secara keterlaluan. Sadd ad-Dharai bermaksud menghalang punca yang boleh membawa kepada dosa (blocking the means).

Hakikatnya, kebanyakan ulama dahulu dan sekarang berpandangan hukum hiburan dan media seni pada dasarnya adalah harus. Antara ulama muktabar yang terdahulu yang berpendapat hiburan tidak haram ialah Imam Syafi’i yang terhibur mendengar lagu yang merdu. Malah, guru Imam Syafi’i, iaitu Imam Malik, mempunyai suara yang merdu dan pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi.

Manakala, dalam kalangan ulama baharu yang menganggap hiburan itu halal ialah ulama-ulama Al-Azhar. Antaranya, bekas Syeikh Al-Azhar, Allahyarham Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, dan Syeikh Al-Azhar sekarang, Syeikh Dr Mohamed Sayed Tantawi, juga Syeikh Mohammed Al-Ghazali dan Allahyarham Syeikh Shaarawi Mutawalli.

Isu yang sering diperkatakan mengenai hiburan dan media seni ialah ia boleh mengundang maksiat. Bagaimanapun, bukan semua konsert tidak baik. Konsert nasyid, juga konsert yang mengandungi lagu-lagu berunsur nasihat serta menjaga batas-batas yang ditetapkan syariat, adalah dibenarkan dalam Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 telah membuat beberapa ketetapan berkaitan hiburan sebagai panduan bagi semua. Garis Panduan Hiburan Menurut Islam edisi terbaharu telah diluluskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-107 pada 10 hingga 11 Februari 2015. Antara yang digariskan adalah perlunya pengasingan hadirin lelaki dan perempuan.

Saya tertarik dengan Kelab Suara Muda (KSM) di Jalan Doktor, Kota Bharu, yang merupakan kelab tertua di Kelantan dan kedua tertua di Malaysia selepas Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur. Antara matlamat KSM yang telah ditubuhkan pada 1938 adalah untuk menggalakkan dan memajukan bidang kebudayaan, kesenian bangsa dan kesukanan dalam kalangan ahlinya.

Sehingga kini, KSM telah menganjurkan banyak aktiviti kesenian bersejarah dan turut mendapat kerjasama personaliti terkemuka seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, juga personaliti tempatan Kelantan seperti YM Tengku Nor Asiah, Primadona Mak Yong Khatijah Awang dan Pak Sein Keroncong.

Pada masa yang sama, KSM juga menjalankan aktiviti kerohanian dan keagamaan. Antaranya, kelas mengaji al-Quran yang diadakan dua kali seminggu di premis mereka. Ahli lelaki dipimpin oleh Ustaz Yushamudden manakala wanita dipimpin oleh Ustazah Zakiah.

YB Datuk Dr Ramli Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, juga menegaskan bahawa kerajaan negeri Kelantan pada dasarnya tidak menolak hiburan. Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa program Ekspresi Kalam Pemidato Muda di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini.

Menurut beliau, hiburan tidak salah asalkan waktu solat dijaga dan diasingkan antara lelaki serta perempuan. Yang penting, hiburan tidak berlebihan dan pengisian hiburan tidak melanggar syariat Islam.

Baginda Rasulullah SAW pernah membenarkan dua orang gadis golongan Ansar menyanyi, walaupun mendapat sedikit teguran daripada Abu Bakar RA pada awalnya. Ini menjadi bukti bahawa Islam membenarkan hiburan selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sesungguhnya, Islam itu mudah. Islam ialah agama yang selari dengan fitrah kehidupan manusia. Fitrah kehidupan manusia seperti makan minum, berkeluarga, bersosial, mempunyai perasaan cinta termasuklah berhibur dan suka kepada hiburan. Maka, usah disulitkan yang mudah, selagi mana ia tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/johari-yap/salah-faham-hiburan-dalam-islam-1.609058

error: Content is protected !!