“K3p4L4 H0t4k K0! Anak Aku Ikut Hidung Mak Mertua Aku”-Lana Nordin Bengang Lelaki Kutuk Hidung Anak

“Kepala Hotak Ko! Anak Aku Ikut Hidung Mak Mertua Aku” -Lana Nordin Bengang Lelaki Kutuk Hidung Anak?

Menjadi selebriti bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi ada pihak yang suka mencari kesalahan dan menuduh sesuka hati mereka.

Beberapa hari yang lalu anak kepada pelakon Lana Nordin, Gia Quinn Mckienzie pula menjadi mangsa kutukan seorang lelaki di laman Instagramnya.

Difahamkan komen berkenaan telah dipadam, namun berdasarkan komen Lana, lelaki terbabit seolah-olah mempersoalkan bentuk hidung Gia yang berbeza dengan hidung Lana.

Malah lelaki berkemungkinan juga mungkin ada menuduh dia membuat pembedahan botox dan sebagainya sehinggakan pelakon berusia 38 tahun itu dilihat berang ketika membalas komen berkenaan.

Lana akhirnya menjelaskan bahawa hidung Gia sebenarnya menyamai hidung ibu mertuanya.

Lana berkahwin dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie pada bulan Mei 2015 sebelum dikurniakan Gia pada Januari 2016.

Sumber Instagram Lana Nordin via Kisah Dunia

error: Content is protected !!