7 haiwan ini mempunyai jawatan unik di tempat kerja mereka

7 haiwan ini mempunyai jawatan unik di tempat kerja mereka

Selalunya kalau anda perlu kerja lebih masa di pejabat, kawan-kawan anda akan bergosip sambil merungut “Kerja macam lembu!” tapi tahukah anda, wujud haiwan di seluruh dunia yang benar-benar mempunyai kerja tapi tak berbayar pun?

Selain kerja-kerja biasa seekor haiwan yang kita selalu dengar, ada juga haiwan yang diberikan tugasan pelik seperti membuang sampah, mengesan lokasi periuk api dan meramal kejadian sawan pada manusia.

Kami kongsikan 7 binatang yang diambil bertugas oleh manusia untuk membantu kehidupan mereka:

#7 Ikan lumba-lumba

Kepintaran ikan lumba-lumba membuatkan haiwan ini dipilih oleh pasukan tentera untuk menyempurnakan pelbagai tugasan dalam air termasuklah mengesan periuk api dalam air.

ikan lumba lumba tentera

Ikan lumba-lumba mempunyai sistem sonar ‘canggih’ yang boleh mengesan periuk api dengan mudah walaupun dalam air yang keruh atau pada kedalaman yang tinggi. Di Amerika Syarikat, latihan dibuat oleh Program Mamalia Marin Tentera Laut AS yang juga melatih anjing laut.

ikan lumba lumba tentera mengesan periuk api

#6 Tikus

tikus gergasi kesan periuk api

Tikus berukuran tiga kaki mungkin boleh membuatkan anda menjerit ketakutan tetapi tikus gergasi Gambia mempunyai permintaan yang tinggi di Afrika dan Asia di mana ramai orang maut setiap tahun akibat ledakan periuk api dalam tanah.

tikus gambia mengesan periuk api

Disebabkan saiznya yang kecil berbanding manusia, tikus-tikus ini boleh mengesan periuk api pada kawasan yang lebih luas dalam masa yang singkat. Masa selama lebih kurang 9 bulan diambil untuk melatih tikus-tikus ini dan seperti pekerja lain, mereka di’bayar’ selepas menyelesaikan tugasan dalam bentuk makanan, terutama sekali pisang.

#5 Anjing

Deria bau anjing yang tajam menjadikan haiwan ini paling sesuai untuk mengesan bom dan dadah. Selain itu, tahukah anda anjing juga dapat menghidu penyakit barah, paras gula yang rendah dan juga kemurungan?

anjing pengesan sawan epilepsi

Ada juga pemilik anjing yang memelihara haiwan ini untuk memberikan amaran awal serangan epilepsi. Namun, para saintis masih belum dapat mengenal pasti sama ada anjing mengesan serangan ini melalui deria bau ataupun melalui perubahan tindak-tanduk pemilik anjing. Tapi tak kisahlah apa pun cara yang digunakan, memang hebat sangat deria seekor anjing!

#4 Burung kenari

burung kenari digunakan di lombong 2

Lombong arang batu sememangnya merupakan satu lokasi yang berbahaya kerana kekerapan berlaku kejadian tanah runtuh dan juga keracunan karbon monoksida dalam diam.

Pada awal abad ke-20, John Scott Haldane yang mendapat tahu kematian pelombong banyak berpunca daripada keracunan gas bertoksik itu telah menggunakan burung kenari untuk menyelesaikan masalah.

burung kenari digunakan di lombong

Burung-burung kenari kecil ini boleh memberikan isyarat tentang kesan karbon monoksida lebih awal dan memberikan ruang masa yang cukup untuk semua pelombong melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Amalan menggunakan burung kenari di tapak perlombongan ini berterusan sehingga tahun 1980-an.

#3 Kuda padi

Walaupun anjing merupakan pilihan haiwan panduan yang lebih baik, kuda padi juga semakin dikenali ramai. Malah, pada tahun 2011, Akta Orang Kurang Upaya Amerika telah disemak semula untuk menyenaraikan kuda padi sebagai salah satu haiwan perkhidmatan OKU.

gadis buta dan kuda padi

Kuda padi bukan sahaja mampu membawa orang kurang upaya bergerak, ia juga bersikap lebih tenang dan tidak mudah terganggu berbanding anjing. Selain itu, ia amat sesuai untuk manusia yang alah pada anjing dan boleh hidup selama 50 tahun secara purata.

#2 Monyet

Seekor monyet boleh membantu mereka yang kurang upaya untuk bergerak, terutama sekali yang mengalami masalah kecederaan saraf tunjang.

Haiwan ini boleh dilatih untuk melakukan tugasan harian seperti memasang atau menutup suis peralatan elektrik, mengutip benda yang jatuh, mendail telefon ataupun menggaru akibat kegatalan.

monyet tolong manusia

Kebiasaannya monyet capuchin yang akan digunakan untuk kerja ini. Latihan yang diperlukan pula boleh mengambil masa antara 3 hingga ke 5 tahun. Walaupun ia agak panjang, namun monyet ini boleh hidup lama sehingga 30 atau 40 tahun. Jadi, tuan monyet mungkin hanya perlu melatih satu atau dua ekor sahaja monyet sepanjang hayat mereka.

#1 Kucing

Selain memerlukan kawalan keselamatan yang ketat, kediaman Perdana Menteri British di 10 Downing Street ini memerlukan bantuan seekor kucing comel untuk melindungi premis.

larry chief mouser uk

Kucing ini diberikan jawatan Chief Mouser (Ketua Penangkap Tikus) untuk menangkap dan melindungi kediaman PM Britain daripada serangan tikus serta haiwan perosak lain.

larry ketua penangkap tikus

Walaupun nama jawatan itu baru sahaja diperkenalkan secara rasmi, namun penggunaan haiwan ini telahpun bermula sejak awal tahun 1500 lagi semasa pemerintahan Henry ke-8.

Anda ada bela apa-apa haiwan untuk membantu tugasan seharian?

Sumber : Iluminasi

error: Content is protected !!