5 Patung Lilin Yang Gagal Menyerupai Selebriti Yang Sebenarnya!

5 Patung Lilin  Yang Gagal Menyerupai Selebriti Yang Sebenarnya!

Trend patung lilin yang menyerupai artis-artis terkenal memang sudah lama wujud dan sekiranya terdapat seseorang membuat patung lilin yang menyerupai diri anda, anda tahu yang anda sudah pun bergelar sebagai seorang artis yang sudah berjaya.

Selain daripada Madame Tussaunds yang merupakan muzium patung lilin yang paling terkenal di dunia, terdapat banyak lagi muzium lilin yang membuat patung lilin. Walau bagaimanapun, rupa patung yang dibuat kadang-kala kurang tepat. Lihatlah untuk fahami apa yang kami maksudkan.

1. Michael Jackson

Kasihan raja ‘pop’ ini.

 

2.Lee Min Ho

Tidak mengapa Oppa, patung yang betul-betul mirip Oppa ada di Madame Tussaunds.

3. Mr. Bean (Rowan Atkinson)

Lainnya pelawak ‘silent comedy’ kegemaran kami.

4. Lee Jun Ki

Selebriti-selebriti yang lain mungkin tidak pernah melihat patung ‘fail’ mereka secara live, tetapi Lee Jun Ki, artis Korea Selatan yang malang ini tidak dapat menahan perasaan lucunya apabila melihat sendiri patung lilinnya yang ini.

5. Lady Gaga

Maaf, tetapi kalau patung tersebut tiba-tiba berada di depan kami, kemungkinan kami berlari ketakutan sahaja. Terdapat netizen yang mengatakan ini rupa Lady Gaga jika dia selalu pergi ke gym kerana patung tersebut ‘terlebih’ berotot.

sumber:taikotv

 

error: Content is protected !!