5 Hari Ditahan Polis, 5 Hal Privasi Farid Kamil Ini Tak Sengaja Didedahkan!

5 Hari Ditahan Polis, 5 Hal Privasi Farid Kamil Ini Tak Sengaja Didedahkan!

Akhirnya seluruh Malaysia mendapat khabar gembira mengenai pelakon Datuk Farid Kamil. Beliau kini dibebaskan selepas lima hari ditahan reman bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 11 Januari lalu.

Namun dalam tempoh 5 hari ditahan pelbagai rentetan peristiwa pahit dan manis telah berlaku. Kes ini telah menyaksikan bagaimana Datin Diana Danielle seorang isteri yang cekal untuk mengharungi situasi ini dan sentiasa memberi sokongan pada suaminya sehingga dibebaskan.

Tak kurang juga rakan-rakan artis yang tak henti-henti beri sokongan dan yakin Farid Kamil tak bersalah.

Tanpa di duga, jika kita sentiasa mengikuti perkembangan kes Farid ini, ada beberapa hal peribadi Farid yang terpaksa didedahkan pada media. Berikut antara hal yang dirangkumkan oleh Hangat.com buat pembaca semua.

1. Darah Keturunan Almarhum Tunku Abdul Rahman

Menurut satu temubual media dengan pelakon Soffi Jikan, dia mendakwa Farid Kamil mempunyai darah keturunan perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah.

Soffi turut menegaskan bahawa Farid mewarisi ciri-ciri kepimpinan pemimpin tersohor itu.

2. Masalah Mental

Adik Farid, Fadzil Zahari tidak menolak kemungkinan abangnya itu mempunyai masalah mental disebabkan mengalami tekanan perasaan dan akan memberi sokongan terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar.

Kredit Foto: Malaymail

Sebelum ini,  Farid mengalami kecederaan ketika menjayakan penggambaran babak hujan bersama seorang lagi pelakon, Nelydia Senrose.
Kakinya sakit dan lebam-lebam seperti kena gigitan. Malah, hampir tidak boleh berjalan akibat terkena hujan dipercayai kotor dan mengandungi toksik.

Menurut kenyataan dari Ben Ali, rakan Farid dipetik dari Mynewshub sejurus selepas kes tersebut, beliau tampak sedikit berubah dari segi cara percakapan dan pertuturan dengan orang ramai. Jika dilihat di instagram baru-baru ini anda boleh lihat bagaimana beliau bertindak balas di ruangan komen beliau ataupun dia ruangan komen orang lain.

3. Tak Pernah Berkasar Dengan Isteri

Diana Danielle menegaskan suaminya tidak pernah sesekali mengasarinya sepanjang hidup bersama.

Walaupun sedang dilanda dengan ujian yang agak berat ketika ini dan ditambah pula dengan tohmahan, kritikan serta pelbagai spekulasi, Diana tetap akan berada teguh disamping suaminya itu dan akan sama-sama cuba untuk menyelesaikan segala masalah.

4. Rumah Ibu Diana Danielle di Kondominium Sama

Semasa Farid Kamil di tahan, timbul isu tak boleh bertemu anak. Ibu Datin Diana Danielle, Norsiah Ramli mengaku timbul salah faham apabila ada yang beranggapan dia melarang Datuk Farid Kamil daripada bertemu anak-anak.

Menurut Norsiah, Farid dan Diana tinggal di tingkat atas kediamannya di kondominium yang sama. Justeru mereka bebas untuk melawat dan mendapatkan anak mereka pada bila-bila masa.

5. Dua Adiknya Bergelar Doktor

Selain Fadzil Zahari, Farid Kamil mempunyai tiga orang adik lagi iaitu Dr Azman Aizuddin, Dr Anis Anwar dan adik bongsu, Nurdianah.

Nurdianah yang sedang menuntut di India sanggup mengambil cuti untuk pulang ke Malaysia demi memberi semangat kepada abang sulungnya yang sedang ditahan polis.

Farid beruntung kerana dikelilingi insan-insan yang sentiasa memberi sokongan. Mungkin ini adalah dugaan serta musibah dalam hidup dia dan Farid harus memandang perkara ini dari sudut positif.

sumber  :https://www.hangat.com/2018/30953/5-hari-ditahan-polis-5-hal-privasi-farid-kamil-ini-tak-sengaja-didedahkan/

error: Content is protected !!