Nasha Aziz Yang Kini Berumur 45 Tahun.Bila Nak Kahwin?

Nasha Aziz Yang Kini Berumur 45 Tahun.Bila Nak Kahwin?

Dia tampil menjelaskan bahawa dia kini selesa hidup bersendirian.Tetapi pelakon dan model popular ini mengakui dalam masa yang sama dia ada keluar temu janji bersama lelaki.Katanya, sememangnya dia kerap ditanya oleh orang ramai bila ingin berkahwin.

Ini jawapannya: (BHarian)

“Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel”

“Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita”

“Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari,”

Nasha kini masih selesa dan bahagia walaupun hidup masih solo.

Sam-samalah kita mendoakan agar pelakon jelita ini bertemu jodoh

Berikut biodata Nasha Aziz dan kerjayanya

Noraishah Abdul Aziz atau lebih terkenal sebagai Nasha Aziz (dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Selangor (sekarang Wilayah Persekutuan) pada 14 Mei 1971) ialah seorang model dan pelakon Malaysia.

Nasha Aziz

Keep Art Alive ❤️ #4evaLikeIt

A post shared by Nasha Aziz (@nashaaziz) on

Kelahiran Noraishah binti Abdul Aziz
14 Mei 1971 (umur 46)
Kampung Pandan, Kuala Lumpur,Selangor(sekarang Wilayah Persekutuan) Malaysia
Pekerjaan Pelakon, Model
Tahun aktif 1989 – kini
Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik (FFM13)
Pelakon Wanita Terbaik (FFM17)
Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, dia mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina. Nasha terus mengembangkan nama sebagai peragawati terkenal tanah air hingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.

Suatu ketika, Nasha pernah diberi jolokan Peragawati Nombor Satu Tanah Air. Nasha menjadi pilihan iklan komersial, antara yang pernah disiarkan di kaca TV termasuklah Nescafe Classic, Avon Colour, Pantene, Panasonic, dan Rexona.

Nasha hanya bergelar pelakon filem pada 1995menerusi filem box-office Kad Cinta bersama rakan peragaan Hairie Othman terbitan dan arahan Julie Dahlan ketika berusia 24 tahun. Biarpun begitu, bintang Nasha lebih menyerlah di bidang peragaan. Nama Nasha mula meledak pada 1998 apabila sekali lagi bergandingan bersama aktor Hairie Othman dalam drama bersiri popular Hanya Dikau. Nasha juga popular menerusi watak kecil dalam soap opera Idaman. Pada 1998 juga, Nasha menerima tawaran daripada pengarah Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah aktres Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi. Filem tersebut nyata memberi tuah kepada Nasha apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut. Ketika mula popular Nasha terpaksa membahagikan masa di antara bidang lakonan dan peragaan. Pada 1999, beliau menolak tawaran untuk membintangi filem Pasrah bergandingan bersama Erra. Nasha ditawarkan memegang watak sebagai Natasha dalam filem tersebut di mana watak tersebut kemudiannya dipegang oleh aktres Wilma Muhammad. Pada 2001 juga Nasha hampir bersiap sedia untuk ke lokasi filem Hati Biru bergandingan bersama Sofia Jane dan Azri Iskandar; namun filem itu dibatalkan pembikinannya setelah Nasha berhempas puas berlatih vokal untuk memegang watak penyanyi dalam filem tersebut. Nyanyian Nasha bagaimanapun pertama kali berkumandang ketika aktres itu beraksi di pentas Panggung Sari, Istana Budaya pada 2007 untuk pementasan teater muzikal Lantai T. Pinkie.

Nasha bagaimanapun terus cemerlang dalam bidang lakonan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17 menerusi watak Jeslina, wanita psiko dalam filem Trauma. Menerusi filem tersebut Nasha dikhabarkan bertelagah dengan pengarah filem itu, Aziz M Osman apabila Nasha tidak diberi skrip lebih awal untuk menjayakan watak tersebut; sebaliknya Aziz berahsia mengenai pembentukan karekter Jeslina dalam filem tersebut hingga menyukarkan Nasha untuk membuat persediaan. Ternyata kaedah Aziz untuk membentuk watak misteri Jeslina dalam filem tersebut berhasil, malahan Nasha sendiri tidak menyangka hasil lakonannya menjadi begitu cemerlang di layar perak hingga dicalonkan di Festival Filem Asia Pasifik ke 49 di Fukuoka, Jepun pada 2004. Nasha muncul dalam beberapa buah filem box-office seperti Gerak Khas The Movie, Laila Isabella, Buli, dan Cinta Luar Biasa. Ketika era ini populariti Nasha memuncak dan terus menjadi antara leading lady paling popular di Malaysia sebaris dengan nama-nama besar seperti Amy Mastura, Erra Fazira, Umie Aida & Maya Karin. Nasha juga dicalonkan dua kali dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam dua edisi FFM berikutnya menerusi watak gadis lesbian yang dihantui kisah silam dalam Puaka Tebing Biru & wanita yang berdepan dengan masalah poligami dalam filem Otai.

Setelah lebih sepuluh tahun bergelar pelakonn, Nasha agak selektif dalam memilih produksi untuk dibintanginya. Sejak 2008, beliau tidak lagi muncul di layar perak sebaliknya fokus kepada lakonan di kaca televisyen. Nasha ligat berlakon drama TV dan drama pertamanya ialah Duit Free, arahan Zainal TJ pada tahun 1994, dan Inikah Cinta, sebanyak 13 episod menerusi TV1. Beliau juga banyak muncul dalam drama bersiri bersama Rosyam Nor antaranya Makan Besar, Maya Mira dan Seri Pengantin. Nasha juga popular menerusi banyak drama bersiri seperti Inspirion, Datin Diaries & terbaru bergandingan bersama Erra Fazira menerusi drama bersiri Kasih Tercipta. Nasha bijak menggunakan kebolehannya untuk berkomedi dalam drama-drama seperti Awan Dania, Supermak dan Tujuh Dulang Asam Pedas. Pada 2009,Nasha merupakan juri tetap untuk rancangan realiti Anak Wayang siaranAstro Ria.

Sumber: Cite Heboh

Kredit:nijamtv

sumber manggahijau

error: Content is protected !!